..::AKU - SATU TRANSFORMASI::..
Bercerita dengan seseorang. Yang tua banyak daripada aku. Tentang zaman-zaman muda. Zaman remaja. Zaman persekolahan. Kami bertukar-tukar gambar.
Ini daripada aku.
Gambar kiri ketika aku umur setahun. Yang kanan tu aku berumur 3 tahun. Sekitar November 1982.
Kawan aku tanya kenapa masa kecil, aku nampak besar. Aku tak ada jawapan untuk itu. Mungkin kerana masa tu adik aku baru pandai meniarap. Jadi saingan belum ada.
Ini pula sekitar tahun 1990. Aku darjah 5. Wajah yang sungguh berkarat. Maklum sajalah. Hobi ketika itu ialah berkubang. Air pili belum wujud. Di kampung aku.
Wah! Bergaya macam orang berumur 25. Ha ha ha. Sila salahkan majalah yang menjadi pengaruh.
Gambar dengan uniform sekolah ni masa aku tingkatan 1. Buat lawatan ke Stadium Ipoh. Apa motif aku tak pasti. Mujur. Gambar di tepi kolam. Bukan dalam kolam. Kali ini aku sudah pandai. Tidak terpengaruh dengan gaya artis dalam majalah.
Nampak tinggi pula kan? Ha ha ha. Itu teknik fotografi namanya.
Dan ini gambar si manis 17. Zaman belajar di Poly PD. Tahun 1997. Petang-petang atau hujung minggu pergi lepak tepi pantai. Wajah dah bertambah ayu. Maklum la sudah pandai pakai krim pelembap yang ada UV protection.
Tahun 2002, November. Nampak perubahan ketara. Penampilan yang lebih matang gitu. Walaupun baru awal 20-an. Maklum la dah 2 tahun bekerja. Gambar ini sangat sesuai untuk ditunjukkan kepada bakal ibu mertua.
Dan ini di antara foto terbaru aku. Sewaktu majlis akad nikah Daun. Foto ini juga amat sesuai untuk ditunjukkan kepada bakal ibu mertua. Ha ha ha.
Melihat gambar-gambar dari tahun 1980 - 2008. Ada kawan yang berkata tiada perubahan ketara pun. Adakah aku awet muda? Atau aku cepat tua?
Ha ha ha
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
19 comments:
tapi..gambar usia setahun dan mengheret segugus buah rambai...klasik!
awak seperti...
kecik-kecik dah besar..bila besar, kecik lagi.
kan?
he he
HAHAHAHAHAHA.Aku setuju dgn mr po.
dia paras ketiak bini saya saja. mr po oi..
Uncle Po: Hahaha.
Nida bebeh. Yang penting awet muda~ 2++ pun still nampak 18. Best bangat!!
waaaaa... ko sikit pun tak berubah... menten gitu... ok la tuh... jgn jadik cam aku tau... hikhikhik...
kau masuk poli PD tahun 1997? aku masuk tahun 1997 juga. tapi poli KB! hehe
PO :
Awak dengki sebab saya cakap awak gemuk kan?
KIMI :
Hang amik zat kakak-kakak hang, tu pasal semuanya terbantut.
AMYZ :
Diaorang nak ambil aku jadi extra untuk teater kanak-kanak.
Ha ha ha
LIYA :
Aku bujang lagi. Kena la maintain
RAHIMIN :
Wo!! Aku pernah pegi Poly KB tahun 1998. Lawatan MPP
Yang gambar 2002 dan 2008, macam gambar hari ini dan semalam. Tak berubah. Hihi.
tak ada perubahan ketara? mungkin dek madu lebah kot...
salam....
comel.
TIQAH :
Akak rasa yang berbeza cuma diameter saja. Kot.
BIMA SAKTI :
Tak.. saya tak amalkan pun madu lebah.
Lagipun kawan saya kata kena makan dengan telur ayam kampung, baru power khasiatnya.
DUGONG :
Hik hik hik
suka tengok gambar2 lama. menggamit memori katanya.. :-)
jeles nye Nida ade gambar zaman kecit2..
saya xda langsung gambar zaman kecit2 atau time baby..
sbb maid saya dulu2 telah culik saya dan gambar2 saya..
pastu smuanya dah ilang :(
kobar2 aku balik kg nanti nak korek album lama...hahaha
gambr hang yg masa darjah 5 tu aku pun ada posing gitu..wakakaka zaman itu kalau disuruh posing akan jd mcm tu..sumpahhh sama hahahaha...
Engkau masih cantik seperti dulu.
Entri ini bersifat santai. Namun, nuansanya masih 'keluh kesah'. HA HA.
Rujuk gambar 'aku darjah 5': Mula2 aku ingat kau duduk di atas tanduk kerbau, wo, ha ha, my mistake! :)
MYA :
Tapi ada juga memori yang kita tak mahu ingatkan ;)
PJAH :
Ha ha ha.. Pengaruh gambar artis dalam majalah pada zaman itu.
TOK R :
Engkau juga masih kacak seperti dulu
NAGA :
Kau ni bukan setakat baca between the lines.
Menyampah!!
Wow!! Hebat kalau aku bergambar atas tanduk kerbau!!
Tapi abang aku dulu ada bergambar bawah perut dinasour kat Mimaland. Ha ha ha
sungguh. gambar masa form 1 tu ko mmg nampak tinggi... he he...
ala..apa kesah tua ke muda.. yg penting hepi (pesanan PUTERI)
huahuahuauha
TASIK :
Hik hik hik..
Ada orang kata sebab pelantar terjun kat belakang tu jugak..
SUHAIL :
Ya.. Ya.. Yang penting akak gembira..
Post a Comment