Friday, August 29, 2008

..::OF EXAM::..

Dulu. Lepas habis belajar. Ingatkan tak perlu lagi tempuh apa-apa peperiksaan. Tapi. Bila pilih untuk masuk dalam perkhidmatan awam, tak dapat tidak mesti ambil peperiksaan. Syarat utama untuk pengesahan jawatan.

Itu cerita lama. Dah 8 tahun berlalu. Sekali saja ambil peperiksaan, aku lulus dengan jayanya. Syarat 1 - 3 tahun dapat aku selesaikan dalam tempoh kurang dari 1 tahun.

Sekarang. Aku perlu ambil peperiksaan lagi. Untuk naik pangkat atau naik gaji. Tengok sajalah sudah berapa kali aku ambil peperiksaan.



Untuk penilaian tahap dua saja, sudah tiga kali mengulang. Dulu. Masa ambil kali pertama, persediaan aku biasa-biasa saja. Keputusannya aku dapat III untuk kedua-dua kertas. Seperti kebiasaannya, bila dapat saja keputusan aku akan terus membuat permohonan untuk menduduki semula peperiksaan.

Kali kedua peperiksaan aku terlebih yakin. Padan muka. Bila tengok untuk kertas umum aku cuma dapat I. Tak melepasi tahap kompetensi langsung. Kertas khusus aku masih dapat III. Dan secara purata aku dapat tahap II.

Tanpa putus asa, aku mengulang lagi. Bulan 5 yang lepas. Hanya sebulan jarak di antara peperiksaan KPSL untuk Penolong Pegawai Tadbir yang aku duduki pada bulan April. Masa itu, otak masih segar bugar dengan segala ilmu. Jawab dengan tenang. Alhamdulillah, keyakinan untuk dapat IV kuat dalam hati. Risik dengan kawan-kawan lain, semuanya pun berpendapat sedemikian.

Tup-tup, dua hari lepas keputusan diumumkan.



Hah!!! Tahap III lagi?? Tanya juga kawan-kawan lain. Sama juga dapat III walaupun dulu yakin dapat IV.

Aku mula syak. JPA naikkan graf. Dan dengkikan aku.

Sekian.

13 comments:

tasekM said...

ye ye. aku sgt setuju. mereka mmg dengki..

tentangseseorang said...

ahahahah...kerana itu bila dulu akak suruh ady masuk gomen...ady menolak. sebab ady tahu ady bukan exam people. cukup2lah naik semput nak dapat degree tuh. ehehehe

mamalisa said...

salam..jalan-jalan cari blog singgah sini..still remember me?MAWAR? rasa muda-muda dulu kita pernah kenal :-)

salam ramadhan yer, selamat berpuasa :)

Kemat said...

PTK memang menakutkan....aku pun tgh tunggu result..

Bungo Lale said...

madu... saje nak ucap selamat nyambut ramadhan. hehe... langsung xde kene mengena dengan n3. :p

A t i Q a h said...

Abah saya hari tu, dah siap2 nak kuar umah untuk PTK. Tengok2 slip exam, lerr.. dia punya exam semalam daa. Tak pasal2 kena gantung untuk ambik exam setahun. Ha ha ha!

Amyz! said...

Aku 1st ambil dpt III, lepas tu 2 kali dpt II. Malas plak aku nak ambil lagi buat masa terdekat ni. Nanti2lah. Huhuhu.

AL-BIMA SAKTI said...

salam;
bersabar...
dan selamat berpuasa...

Nida Shaari said...

AL-BIMA :
Ya, sabar itu separuh daripada iman

AMYZ :
PTK ni kalau dapat III memang liat sikit

TIQAH :
Ha ha ha.. macam tu pulak ye?

SICARANGKULINA :
Selamat berpuasa

KEMAT :
Tapi tiap-tiap tahun aku ambil 2 kali exam, dah tak takut dah.

MAMALISA :
Mawar?? Ingat.. ya.. ya..

Salam Ramadhan juga..

ADY :
Tapi exam dalam Gomen ni enjoy jugak

TASIK :
Ha ha ha.. Tak nak kasi aku naik gaji lagi la tu..

sinaganaga said...

Ha ha. Zaman aku ambil peperiksaan Perintah Am Bab A Bab C - sebelum SSB lagi. Jadinya, lolos dengan amat cemerlanglah. Ha ha.

CIda said...

aku pun sama mcm kemat, tunggu result PTK. yg hampasnya, bkn setakat exam, ada kursus 7 hari, ada 2 presentation + assgment bertimbun kumpulan (1) dan individu(3). rasa mcm masuk sekolah semula.. huhuh

Nida Shaari said...

NAGA :
Ha ha ha..

Exam tu aku sekali ambil je.

Dan ya. Lolos dengan cemerlang

Nida Shaari said...

IDA :
Kalau taraf-taraf pegawai memang la lagi banyak cabarannya..

Sesuai la dengan gaji. Kan?

Ha ha ha