..::RESEPI::..
Entry ini adalah permintaan seorang kawan yang tinggal di seberang laut.
Ceritanya begini. Hari Ahad 2 minggu lepas. Sedang aku enak bercanda di Mid Valley, dia hantar sms. Minta resepi begedel. Aku bagi lah. Hari Isnin. Dia YM. Tanya kenapa begedel yang dia buat lembik. Tidak lah aku tahu kenapa. Gambar pun dia tak tunjuk.
Aku janji. Nanti aku buat begedel. Aku akan masukkan dalam blog.
Jadi. Inilah dia.
Bahan-bahan :
* Kentang (direbus)
* Daging (dicincang). Boleh juga guna daging yang siap dikisar.
* Bawang besar (dipotong dadu)
* Sedikit garam dan lada hitam
* Daun sup / daun bawang (untuk wangi)
* Telur (untuk salut begedel sebelum digoreng)
Cara-cara :
1. Rebus kentang sehingga empuk. Cucuk-cucuk dengan garfu untuk pastikan.
2. Setelah empuk. Angkat. Toskan. Dan lenyek.
3. Campurkan bahan-bahan lain. Daging, bawang, garam, lada hitam & daun sup. Gaul sebati
4. Bentukkan
5. Celup dalam telur yang telah dipukul.
6. Goreng dengan api perlahan. Tetapi minyak mestilah cukup panas.
Dan. Inilah hasilnya. Tak pecah pun. Ia bukan sahaja nampak cantik dan sedap. Sebaliknya memang cantik dan sedap. Ha ha ha.
Selamat mencuba!!
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
12 comments:
pandailah kakak nida ni masak pegedel.
bila agaknya kakak nida nak pos ke sini yek? adik nett sabar menanti...
hahahah
nampak sedap nida... ko mmg terer masak..
tetiba terasa nak makan bergedel...
huishhh nakkkkk
org bujang buat begedel 3 biji kentang jek..rajin sungguh
NETT :
Ha ha ha..
Bila balik tanah air?
Jangan lupa datang rumah aku.
TASIK :
Bukan setakat nampak.. memang sedap tau. Habis aku makan sorang 5 biji tu.
KAK PNUT :
Asalnya bahan-bahan tu nak buat kurma daging. Tapi malas punya pasal kurma pun entah ke mana.
Bila Nett request pasal pegedel, maka jadilah ia.
ha ha ha
wah.Kurier kt aku 2 bijik.
2 biji kentang di dalam pan tu macam mencarut je ek!
KIMI :
Koq!!!
NAGA :
Ha ha ha.. bongok la kau ni!!
Naga asik pandang lain je. Hahaha.
Sedapnya begedil. Post kat Johor juga yach! Sini bukan macam rumah Nett, takde dapur. At least rumah Nett tu ada gak dapur nya.
Hahaha.
AMYZ :
Ha ha ha.. Sabar.. tak lama lagi tentu rumah kau ada dapur, kan?
*wink*wink*
Ok. Aku sabar. Aku print resepi ni. Nanti dah ada dapur, aku buat. Hahahaha.
(kalau rajin laa..)
Hahaha.
cdapnya akak...nnt wat lg bleh..hehehhe
AMYZ :
Ha ha ha..
Cuti lama ni bawak-bawak la berlatih...
2LEEP :
InsyaAllah.. sekarang ni tengah bz dan penat kerja.
Malas. ha ha ha
Post a Comment