..::MASKARA X::..
Ramai muka baru. Wajah-wajah yang masih segar. Masih muda.
Bagus adik-adik. Daripada melepak tak tentu hala, baik datang ke MASKARA ni. Sama ada mahu buat persembahan. Atau menonton sahaja. Itu sudah memadai.
MASKARA Edisi Ke-10 mengajak kita untuk bermain dengan pelbagai emosi.
Persembahan muzik oleh DEP mantap. Ini kan kumpulan kegemaran Pipiyapong. Mestilah hebat.
Puisi Ajami mengajak kita berfikir tentang masa akan datang. Pesanan beliau kepada si abang, anak yang sulung agar menjaga dan memimpin tangan si adik jika nanti mama dan papa tiada, sungguh menyentuh perasaan. Ini mengingatkan aku kepada kisah si bekas kekasih yang kehilangan ibu bapa dalam kemalangan. Meninggalkan dia dengan 4 orang adik perempuan, yang bongsu berumur 4 tahun dan dia 16 tahun ketika itu. Ya, tiada siapa yang tahu apa yang akan jadi di kemudian hari.
Puisi lebih menyentuh dilatari dengan alunan muzik daripada lefthanded guitareez.
Seketika penonton diam penuh hormat. Kusyuk menghayati keindahan Ayat-ayat Allah yang dilagukan oleh Saudara Salman. Bersama sebuah puisi tentang Nabi Allah Nuh kemudiannya. Sehingga tiada ulasan yang mampu diberikan oleh Saudara Pengacara.
Puisi 'berat' dari Azree Ariffin, bacaan naskah oleh Art dan monolog dari Republic Theater ada tarikannya tersendiri.
Jonos jika mengambil alih pentas tak sah kalau penonton tidak ketawa. Itu bukan Jonos namanya. Lihat rupanya saja sudah bikin geli hati. Gandingan dengan Alfie membacakan naskah Azzam Supardi memang buat penonton tak kering gusi.
Persembahan penuh sakti menutup MASKARA X.
Sebenarnya mula-mula membaca nama Dewangga Sakti dalam blog Naga, otak aku ligat berfikir. Aku biasa sangat dengar nama ini tapi di mana? Tak ingat. Kemudian menyaksikan mereka di pentas MASKARA. Ada muka-muka yang seakan familiar tapi masih tak ingat di mana. Aku beli mini CD mereka. Aku belek dan baca. Dan nama Dewangga Sakti semakin dekat. Tapi aku tetap tak dapat ingat. Tak ingat.
Cuma yang dapat aku katakan sekali lagi persembahan mereka memang ada sakti. Selayaknya berada di pentas antarabangsa.
Dan. MASKARA X hebat. Setiap edisi ada persona tersendiri. Tahniah.
Jumpa lagi November nanti.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
22 comments:
ermm..
errr..
tak jadi komen lah..
ha ha...
erm... jumpa disember lah... ;p
SPYZ :
Ha ha ha. Keji ok!!
RUDY :
Jumpa lagi tahun depan.
besar harapan kami supaya dapat berada bersama MASKARA november nanti
ketika Maskara bermula.Getah-getah pada roda Airasia menciut-ciut mencecah konkrit landasan.
alangkah.
aku sgt geram tak dapat datang... tunggu next maskara la nampak gayanya...
MYA :
MASKARA November tema filem pendek.
PO :
Alasan.
TASIK :
Apasal? Apak kau tak mau bawak ke? Ha ha ha
kakak nida...
nanti november belikan adik nett tiket ek utk ke sana.
kalo jadi, adik nett nak buat persembahan. koir oke dak? heheh
nett nk nyanyi koir,
dibulan novmbr?
tiba2
aku trdgr2 suara rihanna..
..ela.. ela.. ela...
p/s nida, dh dpt phone numbr? hehehe..
sebok je sepai ni.
ko nak join ke koir aku?
ades.. sekejap sahaja saya tgk maskara x kali ini
bihun pun sedap!
Ya, menggeletek hati biar terasa gelihati...
Menggeletek ketiak... sendiri mahu tahu.
Ahak...aku tak nak!
NETT :
Sila hantar kertas kerja permohonan penajaan.
SPYZ :
Oit oit diam boleh tak?
Ha ha ha
TOKYO :
Tu la pasal. 1/2 masa pertama pun tak lepas.
OP :
Sila pastikan MASKARA akan datang sama ada KANCIL atau BUCU mahu 'taja' makanan atau tidak.
Membazir itu sahabat Syaitan.
JONOS :
Ha ha ha
Aku nak vote kau untuk Raja Lawak lah
Nida,
terima kasih kerana buatkan teh dan masakan mihun.
Maskara tanpa Pink Platun - sure patah kaki punyalah.
Mihun aku makan dua pinggan. Teh tiga cawan. Sekian.
Salaam.. tQ 4 t.ulasan dear ;-)..
*saya quote & link
NAGA :
Bukan tanpa groupie ke?
Ada orang kata Sol-jah's sengaja ambil kesempatan
DUGONG :
Sebab tu aku tak nak bagi resepi masa kau mintak dulu
ha ha ha
AJAMI :
Terima kasih kembali :)
Aku nak masuk Ratu Lawak!
Salaam.
Terima kasih kerana membeli Cd.Diharap terhibur mendengar.
Tunggu album seterusnya yg bakal menyusul.Lebih banyak lagu.
JONOS :
Ha ha ha.. sweet ja.
DEWANGGA SAKTI :
Salam..
Saya memang pencinta seni dan budaya.
Nanti saya jemput buat show kat program kami pulak ek
Post a Comment