..::RESEPI II::..
Ini permintaan Cik Adik yang bernama Atiqah Nasir.
Resepi ini pun saya dapat daripada kawan. Dan kerana saya percaya bahawa kelazatan masakan bukan terletak pada bahan-bahan rahsia. Tetapi pada keihlasan dan kasih sayang yang kita curahkan dalam setiap masakan. Maka saya tidak takut untuk berkongsi resepi dengan semua.
Hidangan kali ini ialah Apple Pie. Cadangan hidangan 4 - 6 orang.
BAHAN-BAHAN SOS:
* 2 biji epal ( dikupas kulit dan dipotong dadu)
* 1/3 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis kerana epal sudah punya rasa manisnya sendiri)
* 1/2 susu teh serbuk kulit kayu manis (ini pun terpulang pada citarasa)
* Sedikit tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
* Kulit pastry (boleh dapat di pasaraya seperti TESCO atau Cold Storage)
CARA-CARA :
* Campurkan semua bahan : epal, gula dan serbuk kulit kayu manis.
* Masak di atas api sederhana sehingga empuk
* Campurkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
* Isi sos dalam pastry dan tekan keliling dengan garfu untuk lekatkan
* Simpan selama lebih kurang 15 minit di dalam freezer
* Goreng dengan api sederhana
Dan inilah hasilnya.
Perhatian :
Anda perlu berhati-hati ketika makan kerana sos di dalam sangat panas. Bibir anda mungkin melecur.
Selamat mencuba.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
10 comments:
Huhu. Ni yang tak sabar nak balik rumah try ni.
Kalaulah saya ada abang... hihihi.
Lapar la pulak baca blog ni.
macam biasa, kurier kat aku 2 bijik.
adeiii... lapaq teruihhh... bak aiii seketoiiii... nyummm.. nyummmy
ATIQAH :
Pakcik tak ada?
Ha ha ha
TOK R :
Tok letak resepi cencaru sumbat. Lagi buat saya lapar.
KIMI :
Kalau Miza buat nasi ayam atau laksa, sila kurier kat aku sepinggan.
LIYA :
Kena pula kalau hari hujan. Ahaks
Print.. Print.. Nak tampal dekat peti ais. Haha.
esok gua try..!!
AMYZ :
Ha ha ha..
Keji la tu. Perli aku. :p
PIPI :
Jangan lupa hantar kat gua barang seketul dua!!
wah semakin maju ngan resepi² yg senang dan mudah dibuat...
YONG :
Ha ha ha..
Tengok la siapa yang bagi resepinya.. Ahaks.
Lagipun sekarang ni semua kena pantas dan mudah
Post a Comment