Wednesday, August 27, 2008

..::OF WORKING::..

Hari Isnin saya ponteng kerja. Malas. Tiba-tiba malamnya pegawai saya telefon. Jadi, semalam. Saya pergi Port Dickson. Bawa kumpulan teater dari Iran. Yang datang buat persembahan sempena Festival Kesenian Kanak-kanak yang baru berlalu. Wah!! memang saya suka. Sebab saya masih dalam mood malas mahu masuk pejabat.

Ini gambar saya dengan dua orang wanita Iran yang menyertai rombongan. Sila percaya bahawa mereka lebih muda daripada saya.



Untuk Naga. Saya doakan agar impian anda akan menjadi kenyataan.

Ini pula gambar saya dengan sebahagian jejaka-jejaka Iran. Untuk makluman, hanya Ahmed (tiga dari kanan) yang masih bujang. Tapi. Dia baru berumur 20 tahun. Ahmed juga yang menjadi jurubahasa sepanjang perbualan kami.



Oh, satu yang baru saya tahu. Rupa-rupanya di Iran, penduduk tidak boleh mandi di pantai. Ini kerana sepanjang pantai mereka dipenuhi pelantar minyak. Jadi, bila dapat mandi di pantai Port Dickson, mereka seperti tidak pernah jumpa air.

Ini pula wajah-wajah gembira orang Iran selepas makan, masakan tradisional Negeri Sembilan, di Seremban.



Pinggan di atas meja itu sudah dikemaskan oleh pelayan. Jangan tak tahu mereka makan keladi goreng cicah sambal tempoyak. Ha ha ha.

Di dalam bas semasa perjalanan balik, kami jamu mereka dengan buah pulasan. Dan. Mereka sangat suka. Siap rakam video lagi tentang significance nama pulasan itu.

Kesimpulannya. Setelah berbual banyak perkara dengan Ahmed. Saya telah menambah Iran sebagai satu lagi negara di dalam senarai wish to go. Selain daripada Australia dan New Zealand. (Harap maklum bahawa Makkah di dalam kategori yang berbeza).

9 comments:

tasekM said...

tak pening mamat iran tu makan tempoyak? ha ha.

nida, aku tak boleh tahan dgn pose mamat iran yg pakai baju belang2 tu. ha ha.

Anonymous said...

weh..mana buleh pilih-pilih kategori!

tak aci!

Nida Shaari said...

TASIK :
Ha ha ha.. dia orang hard core!!

Itu baru satu posing ko tengok. Lain-lain perangai lagi dasyat.

Tapi enjoy sangat hangout dengan diaorang

PO :
See.. See..

I can read your mind

Ha ha ha...

Amyz! said...

Keciknya ko dalam gambar-gambar tersebut. Hahaha.

sinaganaga said...

Eh, jadi ke minahs Iran tu nak keluar tengok wayang dengan aku?

Nida Shaari said...

AMYZ :
Diaorang semua ingat aku university student tau..

ha ha ha..

NAGA :
Dia cakap, nanti dia datang sini lagi. Jumpa kau.

tentangseseorang said...

wohh....kalau ke Iran, jangan lupa ke Esfahan. Ady pernah pergi dulu. Sangat best! Tapi bersedialah makan nasi penuh dengan mentega dan kebab pagi sampai malam. jgn lupa juga mencuba aiskrim kat sana. jgn terkejut nampak batu dalam gulungan sejadah dihotel. jangan lupa minum air dari water cooler yang banyak di tepi2 jalan. ehehehehehehe

Nida Shaari said...

ADY :
Ahmad bagitau akak, sebulan duduk pun tak cukup untuk jelajah seluruh kawasan menarik di Iran.

Batu dalam sejadah tu akak tahu. Sebab awek Iran yang tinggi tu masa solat, sujud cium batu.

hi hi hi...

tentangseseorang said...

eh terlupa satu perkara....
jangan lupa ajak ady. ahahahahaha