"Satu kajian terbaru menyanggah kepercayaan ramai apabila mengesahkan golongan bujang yang ada kerjaya dan memiliki kewangan yang kukuh adalah kelompok masyarakat paling tidak bahagia berbanding mereka yang berumahtangga serta warga tua.
Golongan lain termasuk pasangan atau ibu dan bapa tunggal yang bekerja, mempunyai anak dan tertekan tetapi masih bahagia.
Namun, berbanding semua, kelompok bujang yang sihat, bekerjaya dan faktor kewangan yang kukuh terbukti paling tidak gembira."
Ha ha ha..
Untuk Cida, Nett, Salina dan kawan-kawan seangkatan ku, jangan risau. Kajian ini tidak dilakukan di Malaysia. Sebaliknya ia adalah kajian di Canberra.
Sebab pada pendapat aku, di Malaysia kelihatan golongan bujang, bekerjaya dan punya sumber kewangan kukuh lebih bahagia daripada sesetengah golongan yang berumahtangga.
Oh, ini cuma pendapat aku. Golongan yang sudah berumahtangga tak perlu melenting. Ya tak perlu melenting jika kamu bahagia dan jika ia tiada kena mengena dengan kamu.
Baca berita penuh di sini.
Dan untuk Cida lagi. Cerita kau pasal soalan budus hadiah birthday tu buat aku sentap la. Tapi rasa kelakar.. Ha ha ha..
10 comments:
haha aku terkejut baca kejap rupanya kat canberra haha. terkejut i!
IKA :
Ha ha ha..
Ya.. ya.. tidak termasuk Malaysia atau pun Singapura
Bahagia tu kita yang rasa. Bukan dari pandangan orang lain. Single atau tidak. Yang penting, kita yang rasa happy kan? ;-)
AMYZ :
Wow!!
Sejak tukar gambar dari kaki ke tangan, Ami semakin matang!!
Ahaks
bahagia mcm bekas ksu hang dulu
kih kih kih
kan
kannn...
Penyelesaian untuk isu ini jelas tetapi tentangan begitu ketara.
org yg tidak punya kerjaya hebat dan duit yg banyak pun bahagia bukan?
RON97
Ha ha ha..
Itu kes lain la.
Lelaki pun takut dengan dia.
PO :
Apa yang kan nya?
TOK R :
Eh, siapa yang bagi tentangan ni?
TASIK :
Bahagia itu terletak pada hati.
Yup..Aku setuju sangat dengan ko nida! Siapa kata kita tak bahagia? Cuma dalam bentuk yang berbezalah. Selagi kita gembira dengan apa yang kita ada dan bersyukur dengan apa yang Allah beri, itu sudah cukup membahagiakan.
Biasalah, hidup ada suka ada duka. Cuma bahagia itu berada dalam hati, kita yang perlu cari dan bina. Orang yang dah berkahwin lagi banyak dugaan dan cabaran kan? Hehehe.
Post a Comment