Friday, February 13, 2009

..::SALAH SIAPA::..

Sepasang warga kulit hitam melambai-lambai tangan cuba menahan kenderaan di kiri lebuhraya. Tidak dapat dipastikan apakah kesulitan yang mereka hadapi. Berasak-asak kenderaan melalui lebuhraya itu, tiada seorang pun yang mahu berhenti. Walaupun sebuah teksi. Namun tidak boleh disalahkan kerana teksi itu sudah ada penumpangnya.

Saya memandu di lorong paling kanan. Tentu sekali tidak dapat ke lorong sebelah kiri. Jika saya berada di lorong kiri sekalipun, belum tentu saya akan berhenti untuk membantu.

Kenapa begitu? Bukankah rakyat Malaysia ini digembar-gemburkan sebagai warga yang prihatin, berbudi bahasa, saling bantu-membantu dan segala perkara yang baik-baik belaka.

Pada pendapat saya, semua orang takut untuk berhenti. Apa tidaknya, kita sering dihidangkan dengan kes samun dan rompakan yang dilakukan oleh warga asing. Selepas disamun, jika dilepaskan mungkin agak bernasib baik walaupun kerugian. Tapi jika mangsa dibunuh, memang satu sen pun tiada guna. Oleh itu, daripada menanggung risiko lebih baik ambil langkah berhati-hati dan hindari terus.

Jadi,salah siapa rakyat Malaysia tidak mahu berhenti memberi pertolongan?

6 comments:

Anonymous said...

ady pun tak nak berhenti...ehehehee takut ooooo

tasekM said...

kalau aku pun aku takkan berhenti.

Marliza Radzi said...

tentulah takut. tentu takkan berenti.

Nida Shaari said...

ADY/TASIK/AM :
Kesimpulannya semua orang takut, kan? Tak kira lelaki atau perempuan

he he he

paiseh said...

gua brani je nak berenti.. err.. kalu dalam kete gua tu penoh geng laa..

Yana Ismail said...

eee yana pun tk bhenti..hehe takot ;P