Monday, February 02, 2009

..::KITA JUGA MAKAN RUMPUT::..

Hujung minggu saya duduk di rumah saja. Agak penat bila terlalu kerap cuti. Tapi bila sudah diberi cuti tak akan saya tolak pun. Minggu depan saya akan mula bekerja di hujung minggu. Jadi, sementara ada masa lebih baik saya berehat dan uruskan rumah tangga sebaik mungkin.

Walaupun rumah cuma sekangkang kera, tapi saya memerlukan motivasi yang cukup tinggi untuk mengemas, menyapu sampah dan mengemop lantai. Sudahlah 'magic mop' saya sudah hilang magisnya. Lalu, kerja mengemop jadi agak terganggu. Oh, tak terbayang saya jika rumah saya ialah banglo yang ada 5 - 6 buah bilik dengan 4 bilik air. Tentu pengsan mahu menguruskannya. Tapi jika saya mampu untuk memiliki rumah banglo tentu juga saya mampu untuk menggaji 2 - 3 orang pembantu rumah untuk menguruskannya. Ha ha ha.. Ada unsur angan-angan di situ.

Sebenarnya saya bukan mahu bercerita tentang rumah saya atau rumah idaman saya. Tetapi saya mahu berkongsi sesuatu. Saya pernah bercerita tentang pokok-pokok yang saya tanam. Dan saya juga tanam ulam pegaga di dalam pasu yang sama dengan pokok daun sup. Semalam saya dapati pegaga itu sudah melampaui batas. Gemuk bukan main. Habis zat dan nutrien dalam tanah diambilnya. Tidak ditinggal langsung untuk pokok daun sup. Padahal dia hanya ditumpangkan saja dalam pasu itu. Kerana geram, habis saya cabut segala pegaga. Dalam kepala otak saya terfikir. Habislah kau aku kerjakan.

Lalu saya siapkan bahan-bahan. Mahu buat jus pegaga. Kan saya sudah berpenat lelah. Jus ini nanti tentu dapat menyegarkan saya.



* Basuh pegaga bersih-bersih. Tak perlu buang akar kerana pada akar itulah terkandung khasiat yang banyak.
* Satu gelas air sejuk
* 2 sudu besar gula
* 1 sudu besar madu
* Campurkan semua dan kisar lumat

Inilah hasilnya.


Boleh tapis hampas jika mahu. Tapi saya tak tapis pun. Minum begitu saja. Agak berbau rumput. Tapi ia tidak sebusuk mengkudu.

Dan selepas minum jus pegaga yang dibuat sendiri, saya rasa segar dan muda. Ha ha ha

9 comments:

dugongsenyum said...

Minum pati kunyit+pegaga lagi super muda tau. Haha

Kalau nak lebih hardcore minum pati temulawak+kicap, perghh... boleh mati semua cacing dalam perut.

Mya said...

jus pegaga? tak pernah cuba lagi. mungkin suatu hari.. hmm..

Nida Shaari said...

DUGONG :
Pergh!! Itu jamu asli tu.

Weh pati temulawak+kicap??? Kicap ke kacip?

MYA :
Cuba la buat. Boleh tahan la sedapnya.

dugongsenyum said...

Kicap.

mugiwara said...

erm...pahit x?
jus buah2an pun sy kurang ske...inikan plak jus ulam2an...

Nida Shaari said...

DUGONG :
Hoh!! Kalo tu tak payah tunggu cacing, silap-silap aku yang jalan dulu

MUGIWARA :
Dah campur gula dengan madu, tak la pahit jadinya. Sedap. Lemak dan wangi.

tasekM said...

petua dugong tu kau kena sangsi ok. esok2 dia kata pegaga campur jadam buat ubat senggugut. hahaha...


;p


.

Amyz! said...

Owh.. aku tak pasti bila mahu try. Tapi boleh juga kalau nak cuba kan? (makan sayur pun susah ini kan pula nak telan jus pegaga. Huhu.)

Nida Shaari said...

TASIK :
Tu pasal aku takut belum minum lagi dah jalan..

AMYZ :
Ihiks.. Sesekali apa salahnya berkorban. Mahu cantik kan?