..::KAKAK SAYA ADA DI RUMAH & SAYA MENGANTUK::..
Seperti biasa. Jika abang ipar saya bertugas ke luar daerah, kakak saya yang seorang itu akan menempel di rumah saya. Seperti biasa juga, saya akan jemput dia di Putrajaya. Kerana dia tidak tahu memandu. Dan. Sebelum tidur kami akan bersembang, bersembang dan bersembang.
Semalam. Boss saya pergi Goldcourse, Klang. Kemudian terus ke hospital untuk rawatan susulan pembedahan. Saya pula ke KWSP terus ke SOGO. Balik ke pejabat semula, buat kerja itu ini kemudian siap-siap mahu pulang. Kuala Lumpur hujan sangat lebat. Gayanya seperti akan banjir. Tapi cuaca cerah dan hujan hanya merintik bermula di sekitar Lapangan Terbang ATM. Ternyata benar "awan kita berbeza". Kerana keluar sebelum jam 5, saya hanya mengambil masa 45 minit untuk sampai di Putrajaya.
Pagi ini. Baru saya teringat boss minta panggil mesyuarat jam 9.00. Terus dail nombor pegawai-pegawai berkaitan. Untungnya masuk kerja jam 7.30. Saya ada lebih banyak masa. Seolah-olah panggilan mesyuarat telah dibuat semalam. Cuma saya beritahu boss minuman terlupa pesan dan jam 10.00 baru dapat disediakan. Ya. Boss saya tidak marah atau kemudian menuduh saya tidak fokus. Kerana itu saya berasa tidak sampai hati untuk meninggalkannya dan bertukar ke tempat lain. Nanti tiada orang mahu melawan bagi pihak dia.
Kakak saya ada di rumah. Saya perlu keluar awal untuk mengelakkan kesesakan. Dan saya mengantuk.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
9 comments:
Jika kamu bersabar, bos kamu akan meninggalkan kamu.
Bukan atam dok semenyih ka?
awat dari putrajaya?
oh ya...ady balik semalam pun langsung tidak hujan.
erm...ada bos yg baik...
TOK R :
Tapi boss ada pilihan sama ada mahu bawa PA bersama atau tidak. Dan PA juga boleh pilih sama ada mahu ikut atau tidak
CUKIMI :
Sebab Abg Zul dah bawak dia pi transit kat rumah Kak An.
Kat Semenyih tak kuasa la aku nak p ambik. Nak, mai sendiri.
ADY :
Akak rasa Dia 'siram' kawasan-kawasan tertentu sahaja
MUGIWARA :
Jangan ambil kesempatan kebaikan itu..
ko kuat melawan ye nida? he he.
.
kadang-kadang...
cerita-cerita bingkai akan menenggelamkan cerita isi.
saya agak, kamu hendak memberitahu khalayak bahawa hujan ada di mana-mana..kan?
TASIK :
Aku lebih kepada pembela nasib mereka yang tertindas
Ahaha
PO :
Kamu selalu membaca di antara garisan
kami nak menempel rumah hangpa minggu depan boleh tak? :p
Post a Comment