..::KECELARUAN::..
Hari ini. Saya datang ke pejabat seperti orang yang 'tak sudah'. Tapi, sila abaikan maksud mendalam perkataan itu.
Semalam saya memandu pulang dari pejabat dalam keadaan mengantuk yang teramat sangat. Menguap tak henti-henti. Mujur juga perjalanan lancar. Walaupun keluar jam 5.15 petang, saya cuma mengambil masa 30 minit untuk sampai di rumah.
Kerana mengantuk, saya rasa malas mahu masak. Jadi saya singgah di pasar malam. Betul kata orang, bila perut lapar otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Lalu saya berbelanja mengikut hawa nafsu. Sudah beli yong tau fu lagi dibeli bihun sup. Kesudahannya bihun sup masuk peti ais. Harap-harap masih elok lagi. Tidaklah saya menjadi sahabat kepada syaitan.
Jika diambil kira tahap mengantuk, lepas Isya' mahu saja saya tidur. Tapi bila mengenangkan baju belum siap jahit, terpaksa saya gagahkan. Kerana terpaksa menahan mata, kepala pula yang sakit. Rasanya saya masuk tidur lebih kurang 11.30 malam mengikut jam di dinding rumah. Letak kepala terus pengsan.
Bangun tidur pagi tadi leher pula sakit. Bantalkah yang salah atau gaya tidur saya yang salah. Dan hari ini saya datang ke pejabat seperti orang yang 'tak sudah'.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
11 comments:
"cuma mengambil masa 30 minit"??? selalunya berapa lama?
aku pun tak leh tdo arr mlm tadi. bangun sakit belakang, sakit leher. aku agak bantal kepala aku tinggi sgt. tdo smbil nontonn....tak sedar waktu mana lelap.
Bantal patut disalahkan! Malam tadi pun saya terlena di sofa kerana bantal terlalu empuk. Salah bantal! haha
AM :
Faham saja lah KL. Waktu puncak. Hujan pula tu. Paling kurang mesti 1 1/2 jam baru sampai rumah.
CIK JAH :
Hang tu rindu kat laki.
ANUAR :
Kasihan bantal. Tidur enak disalahkan. Sakit leher pun disalahkan juga.
Aku mengharap aku boleh letak kepala dan terus tidur.
Sure nikmat.
bukan bantal atau gaya tidur yang salah. tapi akak paksa stay up menjahit walaupun sudah mengantuk. it put a stress on your shoulder muscle.
cewah ady cakap omputih tuuuu
DAUN :
Sangat nikmat. Sampai malas nak bangun pagi.
ADY :
Ooo macam tu ka. Tapi akak tetap rasa bantal yang salah. Sebab pagi ni akak tak sakit leher walaupun akak tidur lagi lambat dari kelmarin.
aku pulak kalau dah mengantuk sgt, tak ingat nk makan dah.
.
TASIK :
Kalau aku tak makan nanti malam aku golek lagi senak perut sapa nak mai tolong.
dah tidur gaya tapak sulaiman lagi mau salahkan bantal, wakakaka
dah tidur gaya tapak sulaiman lagi mau salahkan bantal, wakakaka
Post a Comment