..::HAPUSKAN LIF DAN MULAKAN KEMPEN GUNAKAN TANGGA::..
Hari Selasa lepas saya ke SOGO. Hajat di hati mahu cari sandal. Tapi sandal yang saya berkenan tidak ada saiz yang sepadan. Jadi saya teruskan perjalanan ke bahagian pakaian.
Tertarik dengan sehelai t-shirt LadyLike. Lalu saya mencubanya. Kerana t-shirt berkenaan adalah jenis 'berbentuk' maka saya ambil saiz yang sepatutnya sepadan dengan saya. Memandang diri pada cermin membuatkan saya rasa seperti mahu menjerit. Di satu bahagian tubuh, keadaannya sangat hodoh. Dan itu adalah satu petanda tidak baik. Mimpi ngeri apabila jeans penanda aras sudah boleh dipakai tanpa mengenakan tali pinggang telah menjadi kenyataan.
Dan. Hari ini mimpi saya semakin buruk dan ngeri. Apabila seseorang bertanya kepada saya.
"Are you pregnant?"
HUH?!!
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
15 comments:
nasib baik i've never been asked such Q!
-ika-
mie,
org tanya gitu, dia ok jer..
rosakkan tangga! gunakan lif.. hakhakhakhak..!!
pernah dlm komuter, org nak bg sy duduk... dia tny, akak pregnant eh? tak nmpk ke muka kita muka anak dara... hehehe
errkkk..huhhhh sungguh sadissss soalan itu.
"Are you pregnant?"
Jawapan berbeza bagi yang sudah berkahwin dan sebaliknya, bukan?
bila pregnant di salah erti sebagai gemuk.. its ok..
bila tak pregnant disalah erti sebagai pregnant adalah sentap..
:P
tabah lah nida.. ko kene stop pakai baju cekak atas perut..
stakat 2 3 tingkt boleh la...
yg berbelas2 tingkt...mmg bankrup la pusat menguruskn badan...
bagus usaha anda *tepuk sebelah tangan*
IKA :
Sebab badan kau adalah stabil dari atas sampai bawah.
Aku adalah comel dan tiba-tiba perut terbuncit. Apakah?
RON97 :
Bengong
PAISEH :
Kalau rosakkan tangga habis la struktur bangunan
KEHELAN :
Ahahaha..
Ada kelebihan di situ
CIK JAH :
Memang sadis.
Lepas tu terus dia kata "Eh, may be sebab baju yang you pakai tu kot. Besar sikit"
Ya, hari ni saya pakai batik tahun 2003 - masa saya tembam
ANUAR :
Itu la pun.
DAUN :
Sentap okay!!
Aku pakai baju kurung hari ni.
Tapi baju tahun 2003. Zaman badan aku memang berisi. Jadi ia agak gedobos
MUGIWARA :
Sebab tu ada pusat-pusat berkenaan.
Tak ada yang sanggup nak memanjat tangga walaupun setingkat dua.
kot2 betul pregnant nida. hahahaha....
.
saya pun alami perkara sama.. tapi tak pelik kot. lelaki.. hehe.
eh, bukan perkara sama = org tanya sy pregnant (opss ada sorg tanya gitu..hehe).. fenomena kebuncitan.hahaha..
TASIK :
Mungkin jugak kot.
Maklum la. Orang Perak. Kat Perak segalanya mungkin.
SUHAIL :
Lelaki orang tak peduli sangat.
Perempuan ni.. Alahaii...
erk!
berlaku pada saya juga baru2 ini!
AM :
Tapi AM dah kawen, jadi tak la pelik soalan itu diaju
Post a Comment