Wednesday, February 11, 2009

..::JIKA IA BAIK APA SALAHNYA::..

Saya. Boleh dikatakan agak (ayat merendah diri) cekap perihal selok belok jalan di sekitar Lembah Klang. Bukan setakat jalan raya, malah laluan kenderaan awam seperti Monorel, LRT Putra/Star dan komuter juga berada bibir saya. Sebut saja. InsyaAllah.

Abang ipar pernah menyarankan agar saya menjadi pemandu pelancong. Ini kerana dia pernah meminta panduan dan saya dapat memberikan nama serta jumlah stesen yang perlu dilaluinya dengan tepat.

Dan. Baru-baru ini pada malam MASKARA 13 saya mendapat gelaran baru.

Cik GPRS. Eh, ke Cik GPS?

Ha ha ha

13 comments:

Anonymous said...

ahahahahaha!
sangat sesuai dengan akak. takmoh ka tukaq nick tuh??? ahahahaha gelak guling2.

cik puan daun said...

GPS... Global Positioning System.. :P

Nida Shaari said...

ADY :
Comel apa nick tu

DAUN :
A'ah GPS. Dalam telefon dia cakap GPS. Tapi dalam SMS dia taip GPRS. Entah apa-apa la mamat tu.

tasekM said...

cik peta pun bulih juga. ha ha.


.

azie said...

GPS. GPRS pun takpe. jangan G yang lagi satu sudah,ahahah

Nida Shaari said...

TASIK :
Awat tak bagi Cik Atlas terus tak pun Cik Globe :p

AZIE :
Eeerrr G mana? Gay??

Ha ha ha

Yana Ismail said...

huhuhu..kalau dh mmg cekap bab2 jalan2 ni pe slhnye. huhu

alladiin said...

wah..skrg ni dah tahu, siapa yg akan saya hubungi selepas ini..

Nida Shaari said...

LIYANA :
Ha ha ha

ALLADIN :
Boleh sangat. Lepas tu kita p jalan-jalan cari makan

Marliza Radzi said...

sayapun ada kawan macam ni. Suhail.

tapi kawan suami saya lebih hebat. tahap kalau kita nak tahu DiGi outlet di lembah klang pun dia boleh bagitahu. padahal dia pengguna Celcom. cekap kan? kami panggil dia Human GPS. kadang2 panggil dia Doctor Bombay.

Nida Shaari said...

AM :
Ahaha.. Suhail memang. Dia pernah bawa akak lalu jalan rentas bukit mana ntah dekat Gombak sana tu. Hebat sungguh.

Eh, Doctor Bombay yang lagu Taxi Taxi tu ke?

ayobkelubi said...

amboiiii nida,kemain lagik eh?, ;)GPRS rasanya tuuuu... ha ha ha ha!...nantipakai baju kurung kuning pulak eh?.

Nida Shaari said...

AYOB :
Aku setia ngan Celcom. Jadi aku tetap akan pakai biru.

Tapi, warna kegemaran aku adalah hijau.

Ha ha ha..