Wednesday, February 25, 2009

..::USAH TERTIPU DENGAN PANDANGAN LUARAN::..

Baru-baru ini. Semasa dalam pertapaan, saya jalani ujian darah dan kesihatan.

Jururawat beritahu bahawa tekanan darah saya sedikit rendah. Tetapi itu adalah disebabkan kurang rehat dan kurang tidur. Selainnya, saya adalah sihat. Alhamdulillah.

Saya juga baru tahu bahawa BMI saya adalah stabil. Fizikal saya tergolong dalam kumpulan sederhana kurus. Namun, walaupun saya kelihatan kurus tetapi saya juga mempunyai kandungan lemak yang berlebihan. Tidak syak lagi kenapa ada yang menganggap saya mengandung. Ya, saya mengandung lemak.

Jadi, sila jangan tertipu dengan fizikal seseorang. Bak kata seorang kawan yang sama-sama jalani ujian: "Saya ni memang nampak 'sihat'. Tapi sebenarnya sakit."

8 comments:

dugongsenyum said...

ya. orang kurus kering pun kalau buat test ada yang kolestrol tinggi.

kalau orang gemok dah tentu aaa confirm kolesterol tinggi.

Marliza Radzi said...

saya juga mengandung lemak :P

cik puan daun said...

saya mengandung.. ahahaha, lagi 22 hari aje aku leh ckp-ckp gini..

Ron97 said...

agak agak berapalah kalestrol aku?
hehehe

Kehelan said...

sama la kita...

tp BMI sy dh kategori gemuk... huhuh...

akak kejapnya bertapa...
smpt pi medical check up tuh...

paiseh said...

macamana nak mengandung lemak weyh..
gua punya jisim kurang ni..

madulebah said...

DUGONG :
Ada macam-macam lagi.

Gula tinggi lah. Gula rendah lah. Darah tinggi lah. Darah rendah lah.

Yang tu tak kira gemuk ka kurus.

AM :
Awak juga berpotensi untuk mengandung bayi.

DAUN :
Ha ha ha.. silap-silap 10 hari je

RON97 :
Pegi tanya misi lah.

KEHELAN :
Kalo gemuk takut jadi rendang plak nanti.

Bertapa tak boleh lama-lama. Kerja kat pejabat tak ada orang nak buat

PAISEH :
Caranya ialah lu makan je apa saja tak kira masa dan ketika. Lepas makan lu mandi atau lu tidur. Nescaya lu akan mengandung lemak.

Tapi lelaki adalah sangat hodoh bila mengandung lemak. Perempuan bleh lagi cover.

@LiYaNNuaR said...

aku pon ngandong lelemak... tah bila nak ngandong baby tah.. huhuhu..