Thursday, February 26, 2009

..::KUASA PENGHULU::..

Saya. Telah dilantik sebagai Penghulu tingkat. Katanya, segala perkara berkaitan keceriaan, hiasan dalaman, keselamatan dan kebersihan tingkat adalah di bawah tanggungjawab penghulu.

Sebagai seorang penghulu yang bercitarasa moden dan minimalis, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan kebudayaan dan kesenian Melayu, tentu sahaja saya punya banyak idea untuk dicurahkan.

Tetapi, hak saya sebagai penghulu telah dinafikan. Saya langsung tidak berpeluang untuk menunjukkan kebolehan.



Kerana. Di sini juga menempatkan pejabat Dato' KP. Dan semua itu adalah keputusannya.

Saya yang menurut perintah.

3 comments:

Ron97 said...

wahh..
pagi pagi 7.45 dah ambik gambar.
rajinya..

Nida Shaari said...

RON97 :
Ha ha ha.. aku dah agak orang keji macam hang mesti perasan jam tu..

Aku masuk 7.30pagi lah.

Hari ni KSU datang melawat tu yang deco macam apa ke lagi.

Kak Yong said...

G macam kenal je ukiran wau yang tergantung tu.....Bukan ke patutnya selama ni tempatnya di library....Setelah sekian lama mencari akibat pindah randah...akhirnya menjadi milik KP.....ishh..ishh...ishh...