Sunday, February 01, 2009

..::PERANG::..

Beberapa hari yang lalu saya telah pergi menonton wayang. Saya ingin memohon maaf. Kerana dalam hal ini, saya masih belum mampu untuk memulaukan filem keluaran Hollywood. Bukan tidak ada filem Malaysia di pawagam ketika ini. Tetapi, untuk menonton di televisyen pun saya tidak sanggup apatah lagi mahu menonton filem seperti Sifu dan Tongga itu di pawagam. Maaf sekali lagi. Ini adalah pandangan peribadi saya.

Saya memilih untuk menonton filem Bride Wars. Mengisahkan tentang 2 orang sahabat yang telah bersama semenjak kecil lagi. Kerana sedikit kesilapan, mereka mula bercakaran. Masing-masing tidak mahu mengalah. Ketika itu, habis segala rahsia dan keburukan didedahkan. Walaupun pada satu saat, mereka merindui detik-detik bersama.



Dalam keadaan emosi yang turun naik, filem ini berjaya menyentuh hati saya. Dan membuatkan saya menangis. Lalu menyedarkan saya. Filem yang berkisar tentang perhubungan tidak kira sama ada persahabatan, kekeluargaan atau percintaan selalu menyentuh hati saya. Saya beri 5 bintang untuk filem ini. Mungkin saya akan menontonnya lagi. Tapi saya juga sedang menantikan filem Geng yang akan mula ditayangkan tidak lama lagi.

Sewaktu berjalan keluar dari panggung, saya berasa puas. Walaupun saya menonton seorang diri, itu adalah lebih baik daripada menonton dengan kawan lelaki pada tengahari Jumaat.

9 comments:

paiseh said...

apa rasa tengok wayang tengahari Jumaat ye? gua ada jugak hajat nak buat.. hahahaa...!

A t i Q a h said...

Uh. Ada plan nak tgk cerita ni sebenarnya. Sampai nangis ke kak? Uwah.

Anonymous said...

Paiseh..dulu, masa aku mula2 kerja dan ada tugas di kuala lumpur.

aku bermusafir dan tengahari Jumaat aku menonton wayang.

Alasan, aku musafir.

Semua mata memandang aku macam-macam anggapan.

Lalu, aku tenggelamkan aku dalam tempat duduk.

La ni, walau musafir. Masjid di mana-mana dan wayang bukanlah satu alasan.

hegira said...

waduh.

hudson sedikit tembam (mungkin untuk sesuaikan dirinya dengan watak, atau mungkin dia pregnant), tapi lakonan nya seperti biasa mantap.

sifat berbeza dan berlainan sebenarnya yang kita cari dalam sahabat baik.

tasekM said...

kamu pergi sorang2 tu yg tersedih tgk movie tu... kalau berdua tak sedih sgt. aku rasa la. he he.


.

Nida Shaari said...

PAISEH :
Ntah. Aku rasa biasa je. Sebab aku perempuan.

ATIQAH :
Cerita ni sweet sangat

PO :
Betul tu. Musafir bukanlah satu alasan.

Tepuk dada tanya iman.

ALINA :
Tengok gaya dia makan segala candy dan kek macam bersungguh-sungguh.

Berbeza itu yang saling melengkapkan. Yang penting kejujuran.

TASIK :
Pergi berdua, tiga atau lima sekalipun, kalau aku nak nangis aku nagis gak.

Kadang-kadang memang kita mahu masa untuk bersendirian.

Mya said...

mcm best je cerita nie..

laaa... knp tak ajak kami? kami ok ja nak teman hangpa tengok movie..

Nida Shaari said...

MYA :
Memang best!!

He he he..

Ntah. Minggu lepas hangpa macam tak dak ja pun. Jadi kami pun beragenda sendirian saja lah.

Tak pa lain kali kita pi layan movie sesama

Kartini said...

lain kali ajak aku kalau nak tgk wayang tgh hari friday ;)