..::BULAN JIMAT-CERMAT::..
Alhamdulillah, setakat hari ni aku masih berjaya mengekalkan rekod tanpa Pasar Ramadhan. Aku cuma pergi pasar untuk beli bahan basah.
Dan. Aku suka. Balik dari pejabat, sampai rumah sibuk-sibukkan diri dengan memasak. Dalam masa yang sama aku boleh berlatih untuk masa akan datang. Bila dah ada laki nanti. Ha ha ha. Lepas tu tunggu waktu berbuka. Sambil-sambil tengok tv aku ambil gambar makanan tu.
Ni sebahagian makanan orang bujang. Yang penting itu adalah apa yang aku nak makan pada hari itu. Dan. Air wajib ialah sirap bandung.
Bagi aku, masak sendiri lagi jimat daripada membeli di Pasar Ramadhan.
(Ini juga timbal balik daripada apa yang aku dah belanja untuk 3 helai batik sutera dan sebuah bag tangan)
Ha ha ha
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
8 comments:
nih kempem jimat cermat ke??? kempen poket kempis?
kami pun tak penah lagi sekali pun pegi pasar ramadhan.. :D
masak sendiri bukan ajer lagi jimat.. tapi lagi sedap :) selamat berpuasa dari ghimau
ADY :
Akak ni kau pernah dengar ke poket dia kempis??
ha ha ha..
MYA :
Waaa tahniah untuk diri kita..
GHIMAU :
Betul tu. Sebab memang ikut tekak dan selera kita.
Selamat berpuasa jugak..
aku pon macam kau.. bila balek je terus bertarung di dapur.. kalah tak mati, cuma berbuka lewat 10minit.. kalau menang, memang tak boleh berbuka awal. perlu tepat2
kakak nida.
1. bagusnya kakak nida ni. Rajin memasak. Adik nett? hehehe beli je di Pasar Ramadhan. Oh nyaman sekali. Hahaha..(baca : pemalas betui adik nett ini). Bertuah sungguhlah sapa yang dapat kakak nida. Serba serbi elok. Dari menghabiskan duit beli sutera sehinggalah memasak. hehehe
2. thanks untuk kad raya itu. Tak sangka dapat kad raya. Bila masa plak kakak nida ada alamat rumah adik nett ya? selepas bulan 11 ni alamat rumah tu dah tak valid. Adik nett mahu mengembara ke tempat lain pula.
3. Muahss
oh perlukah aku ulang dan ulang betapa beruntungnya jejaka yang mendapat kamu?
haha.
LEDIAGLI :
Ya. Pertarungan yang menang kalah ditentukan kita.
NETT :
1. Ha ha ha.. Bertuah sungguh
2. Kakak Nida kan seorang PA yang sangat efisyen. Mesti la simpan alamat kawan-kawan. Ha ha ha lagi.
3. Muahhsss
AMYZ :
Tak perlu siaran ulangan. Ha ha ha
Post a Comment