Tuesday, September 16, 2008

..::SEDIKIT ITU TETAP PERBEZAAN::..

Pagi tadi. Dalam perjalanan ke pejabat. Aku singgah di satu stesen minyak di tepi lebuhraya sebelum tol Sungai Besi.

Isi minyak seperti biasa. RM30.00. Harganya naik ataupun turun, aku tetap akan isi sejumlah itu. Aku hanya akan isi lebih bila mahu memulakan perjalanan yang jauh melebihi 100km satu hala.

Bila selesai isi aku dapati RM30.00 bersamaan 11.765 liter. Di stesen itu. Padahal, jika di stesen jenama yang sama, di tempat lain, kebiasaannya bila aku isi RM30.00 ia bersamaan dengan 11.77 liter. Apakah?

Ok. Walaupun sedikit perbezaannya, tetapi ia tetap berbeza. Dan. Mengapa boleh jadi seperti ini?

9 comments:

tentangseseorang said...

adakah petrolpump berjenama sama?

Nida Shaari said...

ADY :
Kan akak dah tulis kat dalam entry tu?

Untuk pengetahuan, akak adalah seorang yang setia.

KiMi said...

ntah2 hang isi V-Power.selalu hang isi yang biasa.V-power mahal sikit.

SESEORANG said...

maybe server di petrol pump tu masih boleh dimanipulate.petronas ke?sistem petronas memang masih lemah compare dgn sistem kompani minyak lain.
memang komisen pemilik stesyen minyak sgt kecil.so,perbezaan yang kecil macam ni jugak profitable..

Feeyona said...

bosanlah citer pasai minyak

tolong jangan cerita sehingga minyak turun dengan serendah yang mungkin

hahaha

tasekM said...

bezanya setitik nida... he he.. :)

Nida Shaari said...

SESEORANG :
Kalau tak salah saya harga seliter yang diset memang ikut harga pasaran.

Ntah la. Lain kali tak akan singgah situ lagi.

NETT :
Eh, ni baru kali kedua aku cerita pasal minyak.

TASIK :
Kerana minyak setitik, rosak susu sebelanga?

ha ha ha

Pnut said...

wah sungguh prihatin cik nida..
akak isi minyak tak pernah tgk berapa liter..
dan hanya terrer isi minyak stesen cap malaysian tu, tp bila isi minyak stesen lain, kena call laki tanya, "bang ni kat stesen X, isi minyak yang pump kaler merah ke hijau??" ehehh tatau beb..

Nida Shaari said...

KIMI :
Macam mana aku bleh terskip jawab komen hang? ha ha ha mungkin sebab dah sembang kat YM kot.

Anyway, aku guna yang hijau, bukan merah.

KAK PNUT :
Sebab saya belum ada laki untuk ditelefon. Ha ha ha.