Monday, September 08, 2008

..::L ITU LONGGAR::..

Minggu lepas. Boss saya baru pulang dari tugasan rasmi. Di Sepanyol dan Paris.

Sebelum dia pergi. Saya minta dibelikan cenderahati. Tapi bukan coklat. "Pullok doh?" kata boss saya.

Maka seperti yang diminta, boss saya belikan fridge magnet. Selain daripada itu, dibelikannya juga sehelai t-shirt.

Agak memeranjatkan. Kerana boss saya adalah seorang lelaki berumur 50 tahun. Yang sangat kebapaan. Pandai pula dia memilih baju potongan wanita. Dari jenama ZARA pula tu.

Cuma. Saya ini mungkin kurang bersyukur. Mengomel di belakang bila melihat baju itu bersaiz L - USA/EUROPE.

Tapi bila difikirkan semula. Mengambil kira juga bulan Ramadhan yang mulia ini. Mungkin dia tidak mahu saya mengenakan pakaian dalam kategori S - Sempit atau M - muat-muat. Sebaliknya yang longgar-longgar. Sesuai dengan imej.

Ha ha ha...

4 comments:

Tok Rimau said...

Actually kan, boss u kata dgn I, dia lupa hadiah u. So dia amik baju anak dia bagi kat u. hi hi hi. Itu lari saiz.

Lagi pun raya dah dekat, anak dia perlu ruang baru utk baju baru dlm almari. hi hi hi.

sinaganaga said...

:) Dia tak hadiahkan spenda dah kira cukup baik!

tasekM said...

baiknya bos u nida. baju saiz L tu buat pakai tidur la... :)

Ouchi said...

salam.

email saya tentang Pink Platun boleh? Berminat mahu beli. :)

ilyana.ilyana@yahoo.com