Friday, September 19, 2008

..::INI BULAN PENGHARGAAN::..

Sepanjang bulan September ni boleh dikatakan aku banyak dapat hadiah. Lebih daripada 1 sudah dikira banyak. Ha ha ha. Lagipun, kan kata bulan ni birthday aku. Dan aku ni pula banyak pegang kad itu ini, jadi ahli itu ini. Tengok sajalah gambar di bawah tu.



Gambar paling atas tu voucher RM50.00 daripada Focus Point. Aku memang pelanggan setia rangkaian kedainya. Voucher ni aku dah gunakan. Hadiah namanya. Harus digunakan sebagai hadiah untuk diri sendiri juga.

Yang sebelah voucher Focus Point tu, daripada Jaya Jusco. Aku dah redeem hadiahnya. Sama juga voucher. Ada yang best dan ada yang tak perlu pun. Kalau Ika ada kat sini, dah lama aku ajak dia pergi makan Nando's.

Bawah sebelah kiri adalah tiket percuma daripada GSC untuk filem-filem yang bertanda (*) sahaja. Too bad. Bila filem yang aku nak tengok tak termasuk dalam senarai.

Dan. Gambar kanan itu kad dan voucher daripada SOGO. Tapi yang SOGO ni kena belanja RM100 - RM500 dalam satu resit, baru boleh dapat apa yang dia tawarkan. Aku tak pasti resit tu mesti dalam bulan yang ditetapkan atau pun tidak. Kalau tak, resit aku belanja beli beg tangan bulan lepas mungkin boleh digunakan. Itupun, kalau resit tu masih belum dibuang.

Oh, cuma bulan ni tarikh ulangtahun kelahiran aku tu tiba bila orang semua sudah berpusu-pusu mahu balik beraya. Aku sendiri pun insyaAllah sudah sampai di kampung. Jadi, tiadalah acara makan-makan secara berjemaah. Alahaaii..

8 comments:

Mister Ry said...

wah... pass2 la sikit hadiah tu pd aku..

ahaks

A t i Q a h said...

nak yang tiket wayang tu!
huhuhuhu.

tasekM said...

nida, sambut je la awal seminggu.. ha ha. makan2 berbuka puasa... :)

ppsttt... sedapnya pulut kuning.

up on my forehead said...

kenapa mesti GSC restrict apa2 movies yang boleh tengok? tak ikhlas ke bagi hahahahaa.

aku pun dah lama tak makan nandos. boleh tak aku cuma buat trip ke kl untuk makan roti canai and nandos? ha ha ha, dengan kau sajalah, pastuh balik sg ha ha ha.

Nida Shaari said...

IWAN :
Jom jumpa kat Jusco Equine.

eh eh weh aku rasa ada orang ingat kau ni adalah Iwan ex boyfriend aku dulu la..

eeeeiiiii tak rela you..

TIQAH :
Ha ha ha.. Tak boleh ditukar milik. Kena tunjuk kad pengenalan masa nak claim tiket

TASIK :
Ehem ehem.. kau balik Teluk Intan tak ni raya?

IKA :
Ha ha ha.. dia bagi tengok movie yang tak berapa nak laku saja..

Kalau kau sanggup datang, aku ok saja. Offer valid till end of October.

Anonymous said...

happy be-forward birthday.

semoga hari-hari mu menjadi semakin hijau kuning dan biru.

tasekM said...

nida,
ppssttt... datang la teluk intan weh... jom p sg lampan... he he..

weh... kata pp demam denggi.. nk makan sup ketam la macam2... buatkan la nida... sian plak aku tgk adik sorang tu...

Nida Shaari said...

KAMPO :
Wow!! warna-warna perpaduan

Terima kasih apa pun.

TASIK :
Pssttt aku tak pernah pergi Teluk Intan. Takut sesat nanti.

Uiksh ko biar betul? Denggi ke chikungunya tu?? bahaya weh