Tuesday, September 23, 2008

..::SAKIT ITU MENSUCIKAN DOSA::..

Ada orang yang dipercayai terlantar sakit di rumah selama 9 hari. Menjelang hari ulangtahun kelahirannya. Tak mahu pergi hospital. Tapi mahu sup ketam. Sebagai ubat.

Namun. Setelah diugut-ugut oleh Ketua Turus, juga dijanjikan dengan sup ketam dan air 100+ maka dia dengan semangat bersiap-siap mahu ke hospital.

Permintaannya tak berhenti setakat itu. Jika ditahan di wad, dia meminta pula agar disediakan sup sirip ikan yu. Wah!!! Hebat sungguh penangan sakitnya ini.

Dan. Sebagai seorang yang telah diarahkan untuk menyediakan sup berkenaan, aku meminta sebentuk cincin belah rotan sebagai pendahuluan. Baru sup sirip ikan yu akan dihidangkan.

Tiba-tiba. Demamnya terus kebah.

Aku syak. Platlet darahnya terus meningkat akibat terkejut.

8 comments:

sinaganaga said...

Tak dapat le demeh cincin sebentuk tu. Hak hak.

Anonymous said...

Double standard.

Dulu bila aku tulis entry aku sakit.

Tak ada tawaran buat sup.

tak ada!

Nida Shaari said...

NAGA :
Teman kene minta dengan orang lain le jawapnye.. yeop

KAMPO :
Awak sakit - ada orang jaga.

Lagipun, awak tak de buat permintaan.

Setakat hembusan di angin lalu, tak tercapai akal saya.

asuhara sue said...

wah cik madu bleh jadi ahlil nujum negara nih...sebut2 perkataan magis trus ok jek member tuuu...

tasekM said...

baik terus? ha ha ha...

Salina said...

pasni agaknya dia sawan la kot. pasca -terkejut. wakakaka

cik puan daun said...

ehehe.. terus baik.. alhamdulillah..

Nida Shaari said...

ASU :
Itu jampi serapah yang paling power. ha ha ha

TASIK :
Dah baik dah..

SALINA :
Kalau dah boleh puasa tak dak la sawan..

DAUN :
Alhamdulillah.. Dia bertuah sebab ada abang-abang dan kakak-kakak yang mengambil berat

ha ha ha