..::IA CUMA NOMBOR::..
Hari ini umur saya genap 29 tahun.
Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat dan rezeki yang telah diberikanNya. Saya gembira dengan adanya keluarga dan kawan-kawan di sisi. Oh, teman hidup?? Itu saya sedang usahakan. Selebihnya saya berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan jodoh yang baik, taat dan mampu membimbing dan menjaga saya: kekal sampai Syurga. InsyaAllah.
Terima kasih kepada teman-teman yang menitipkan ucapan tanda ingatan beserta doa.
Ini hadiah yang saya beri untuk diri sendiri. Saya gunakan voucher yang diberikan oleh Focus Point bernilai RM50 dan tambah sendirilah bakinya. Siapa lagi mahu tambahkan.
Saya pilih bingkai biasa saja walaupun teman-teman kata cermin mata hitam bingkai besar-besar itu trend semasa. Tak mengapalah. Saya rela beralah dengan trend. Semata-mata tidak mahu mengorbankan kesesuaian dan keselesaan.
Ok. Berbalik kepada tajuk asal, 29 itu cuma nombor. Yang paling penting pencapaian sepanjang 29 tahun itu. Kuantiti dan kualiti. Dan. Saya bersyukur dengan semuanya.
Selamat ulangtahun untuk diri sendiri. Semoga apa yang dihajati dimakbulkanNya.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
17 comments:
bingkai kecil itu amat sesuai dgn kamu yg kecil juga... aku suka nida.
selamat hari lahir yg ke-29 buat kamu. doa aku agar kamu bahagia. berjaya.
aku juga doakan agar kamu cepat temui teman hidup.
pppsstttt... aku ada adik lelaki umur 30 belum kawen... he he...
Selamat Hari Lahir....Moga berada dalam Kerahmatan-Nya, berbahagia sentiasa, dimurahkan rezeki dan dipertemukan jodoh yang baik dan sesuai denganmu...
Dari kami...,
Gee dan Ejai
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 29. Ianya hanya nombor. Kerana kamu kelihatan seperti 18 tahun. Hihi.
Semoga kamu berbahagia dan dapat apa yang kamu inginkan.
Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu, kawanku. :-)
Selamat Hari Lahir. Aku cuma tumpang gembira.
..slamat ari lahir juga :)..
29 ehh?
tp masih mcm sweet seventeen...
*saja nak bagi ko lebih perasan...*
moga dapa apa yg dihajati..
Kalau akak jalan dengan saya, mesti orang rasa kita sebaya. Sebab akak awet muda sangat. Hehe.
Happy birthday Kak Nida. =D
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Hari
Selamat Hari Ini
Selamat Hari Esok
Selamat Hari Lusa
Selamat Hari Tulat
Walau apa jua yang diselamatkan. Hanya doa yang mampu dititipkan semoga Tuhan memberikan keberkatan.
selamat hari lanjut usia..nida!
dan selamat berhari raya bersama keluarga.. ;)
nombor aku lagi banyak dari kau. hahaha
hepi besday... still 20an.. mude lagi.. heheh
salam aidilfitri
welkam to the club mek.
kak tasik..ko amik je lah nida ni jadi adik ipar kau. dia terer buat air bandung soda woo. kekeke. :p
selamat hari jadi..
:D
alamak..aku terlambat wish..
Happy Belated Birthday Nida!
29 is just a number...relax la..hehe
selamat hari raya dan selamat hari jadi, cik nida.
tak sangka kau sambut besday. aku terketinggalan dalam senarai pembuat ucapan terawal. hehe.
anyway, semoga murah rezeki. amiinnn...
happy birthday sahabatku... semoga pjg umur, murah rezeki... dan semoga apa yang hangpa hajati akan terkabul. paling penting semoga persahabatan kita kekal ke syurga jua. insyaAllah.... :)
TASIK :
Ha ha ha.. Sanggup ke kau beriparkan aku? Atau sanggupkah aku kawen dengan adik kau? Itu persoalannya.
GEE :
Ha ha ha.. Jiwang lak ucapan kau ni
AMYZ, SPYZ, ATIQAH:
Bodek ke?
Ha ha ha.. Anyway TQ
KEMAT, APPLEPHYE, SILENCE, ILYANA :
Terima kasih
PO :
Ha ha ha..
Hari-hari selamat
DUGONG:
ater kalau nombor aku lagi banyak daripada kau, dah tak betul la kiraan tu
TOKYOBLUE :
Dah sipi-sip je tu..
SALINA :
Sila promosi diri sendiri
ha ha ha
ND, IMIE :
Ha ha ha...
Tahun-tahun sebelum ni, kau orang la ye di antara insan-insan yang terawal selalu wish kat aku.
Tapi tak pe.. aku faham.. kauorang dah ada komitmen lain kan?
Apa-apa pun, terima kasih
MYA :
Terima kasih..
InsyaAllah, selagi kita tahu meletakkan sesuatu itu pada tempat yang sepatutnya, semuanya akan berjalan lancar..
Post a Comment