Friday, October 28, 2011

..::IPOH TAK ADA NANDO'S KE?::..

Malam tadi ada kawan di Ipoh sms mau lunch dengan saya hari ni. Katanya mengidam Nando's.

Saya ok saja. Lagipun Jumaat waktu rehat lebih panjang daripada biasa.

Cuma, begitu gigih kan kawan saya tu memandu pagi-pagi dari Ipoh. Nando's tak ada di Ipoh ke?? He he he

Friday, October 21, 2011

..::DOA::..

Kelmarin dengar perkongsian motivasi pagi di Radio IKIM oleh Ustaz Izhar Ariff. Bercerita tentang 7 golongan yang doa mereka pasti dimakbulkan Allah.

1. Doa ibu bapa kepada anak-anak

2. Doa anak-anak yang soleh kepada ibu bapa/kawan-kawan mereka

3. Doa orang yang dalam kesusahan

4. Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain (JAUHKAN DIRI DARI HASAD DENGKI)

5. Doa orang yang berpuasa

6. Doa orang yang bermusafir

7. Doa pemimpin yang adil

Jadi, marilah kita sama-sama panjatkan doa kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mendengar rintihan hambaNya.

Thursday, October 20, 2011

..::LAIN TUJUAN LAIN HALUAN::..

Masih di Tropicana City Mall.

Lepas beli Tutti Frutti dan duduk sekejap, kami terus jalan-jalan tengok sekitar. Pertama kali datang, walaupun boleh dikatakan hari-hari lalu. Banyak juga designers boutique dalam tu.

Kebetulan di ruang legar tengah ada jualan AKEMI. Singgah sekejap. Beli 1 barang tapi bukan set cadar atau comforter. 2 barang tu sudah tak boleh dibeli buat masa sekarang sebab yang ada belum semua digunakan.

Lepas tu terus cari tempat makan. Kebanyakan kedai tutup jam 10.00. Dan kedai makan buka peluang kepada pelanggan terakhir sehingga jam 9.30 sahaja. Kami ke Kenny Rogers.


..::1/4 chicken-rice-pasta-kentang lenyek-coklat panas-muffin vanila::..


Kombinasi hidangan sampingan yang diambil tu membuatkan perut saya rasa sangat penuh. Semuanya berat. Belum campur dengan ayam lagi. Sengkak orang utara kata. Jadi, saya belajar sesuatu.

Alhamdulillah, dapat menikmati hidangan dengan tenang bersama suami. Terima kasih Muhammad kerana tidur dengan nyenyak ;)



Lepas makan, terus balik. Sebenarnya tujuan asal singgah Tropicana City Mall sebab nak pergi Carrefour. Suami nak cari mesin perincih. Tapi lain pula jadinya.

Tuesday, October 18, 2011

..::BARU NAK MERASA::..

Sana sini heboh pasal tutti frutti si frozen yogurt tu kan. Dalam TV rancangan Sarapan pun ada tunjuk haritu. Teringinnya.

Kebetulan baru-baru ni pergi Tropicana City Mall, keluar lif dari parking terus nampak gerainya. Apa lagi paksa suami untuk beli. Sebab pertama kali nak beli, memang kekok je. Suami tukang gelak-gelak.


..::Tutti Frutti saya::..



..::Selambak::..


Maklumlah, baru nak cuba. Suka hati saja ambil perasa pisang strawberry, vanilla dan Chocolate. Kemudian taburlah kacang, choc rice, choc chip, nata de coco dan kismis. Bila sampai kat penimbang, pitam!!! ha ha ha.. ambik kau RM17.60 kot tak ingat dah, dan terlupa nak ambil gambar sebab terkejut. Beli je lah kan. Lagipun arwah ayah saya selalu pesan, bab makan jangan berkira.

Jadi, sesiapa ada tips macam mana nak beli tutti frutti dengan berbaloi boleh kongsikan dengan saya ya.

Kesimpulannya, Tutti Frutti ni sedap. He he he

Monday, October 17, 2011

..::WAJAH KESAYANGAN HAMBA::..

Alhamdulillah Muhammad dah setahun. Asalnya nak tulis entry pasal pengalaman melahirkan setahun yang lepas, tapi berhalangan pula. Hujung minggu ada kecemasan, lalu balik ke Seremban, kemudian terus ke Melaka.

Jadi layan gambar saja lah. Lagipun gambar juga boleh memberi 1001 kata-kata ;)


..::Sarapan di kedai on the way balik Seremban::..



..::Teruja dapat mandi kolam::..



..::Yeay!! ada bola..::



..::suka tepuk air sampai terpercik::..


Muhammad sangat suka air. Walaupun telinga dah sejuk. Hingus hijau dah meleleh. Masih meronta-ronta nak masuk dalam kolam semula.

Kes tak takut air ni lah sehari sebelum tu masa suami mandikan, Muhammad membuat aksi menyelam dalam baldi. Uhuks.. anak oh anak.. bahaya tu..

Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat usia kepada Muhammad sehingga ke hari ini. Semoga besar jadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan Rasul serta menggembirakan mama dan ayah. Syukur juga kerana saya masih berupaya untuk menyusukan Muhammad sepenuhnya.

Saturday, October 15, 2011

..::ASSALAMUALAIKUM DUNIA::..


..::15 Oktober 2010 - 7.37malam - 2.6kg - 48cm ::..

Friday, October 14, 2011

..::MENGIMBAU KENANGAN::..

Tahun lepas.

Pada tarikh hari ini saya sedang bersiap-siap nak pergi hospital untuk bersalin.

Thursday, October 13, 2011

..::JUMPA SINGA MUNTAH::..

Mari kita sambung cerita bergambar selepas 3 entry sebelum ni penuh dengan ayat.

Lepas suami pergi kerja saya siap-siap apa yang patut sementara Muhammad masih tidur. Hari ni dah rancang nak pergi jalan-jalan ke Merlion Park. Sebenarnya lebih kepada diri sendiri yang nak pergi sebab Muhammad belum mengerti apa motifnya. He he he.

Masa pertama kali datang Singapura tahun lepas, saya memang nak pergi Merlion tapi tak jumpa cari. Walaupun sebenarnya saya dah sampai ke Esplanade. Sedih juga sebab apalah ertinya datang ke Singapura jika tak ada gambar depan Merlion. Cuma, hmmm barang yang lepas usah dikenang. Jadi, ambil teksi dari lobi hotel terus ke taman. Kat Merlion, orang sangat ramai dan kebanyakkannya pelancong dari Indonesia.

..::Suka tengok orang ramai::..



..::Boss besar::..



Sebab saya nak juga bergambar dengan singa muntah air tu, maka saya minta tolong sorang pemuda Indonesia untuk ambilkan gambar saya dengan Muhammad. Saya dah elok berdiri sebelah singa tu, tapi budak tu beriya-iya suruh saya berdiri depan singa. "Di sini lebih cantik buuukk" katanya. Dan, saya terpaksa redha dengan hasilnya. Uwaaaaaa.

..::gambar yang cacat::..



Secara logiknya mana ada orang bergambar depan singa tu kan? Mana nak nampak muntah air tu. Huks. Lalu, terpaksalah ambil gambar sendiri sambil dukung anak.

..::bolehlah asalkan ada::..



Sebab orang ramai sangat dan tak ada celah nak bergambar sebelah singa besar, saya pun ambil keputusan untuk beredar. Ada rezeki datang lagi dengan suami, baru boleh bergambar dengan suka hati. Lagipun langit dah berarak mendung kelabu.


..::Gambar ni saya ambil sewaktu berjalan dari Merlion Park ke Suntec City::..


Ok. Sudah habis. Nanti saya cerita pengalaman travel alone with infant pula ya.

Wednesday, October 12, 2011

..::ADUHAI TASKA::..

Ini cabaran ibu bekerjaya. Anak terpaksa dijaga oleh orang lain sementara kita keluar bekerja. Dan ia juga cabaran besar bagi ibu yang menyusukan sepenuhnya bayi, macam saya.

Masa survey taska dulu, saya dah tanya sama ada pekerja pandai mengendalikan EBM, dan pengurus kata ya. Malah pekerjanya adalah mereka yang terlatih.

Hmmm.. Tapi sekarang saya pula yang terletih. Dah dua hari rasa senak bila buka cooler bag, nampak ada 1 pek susu 3oz tak habis. Susu dalam pek bermakna EBM yang dah dicairkan, jadi kena guna dalam tempoh 24 jam selepas dicairkan.

Lalu saya syak penjaga Muhammad kurang rajin nak uruskan susu dalam pek. Jadi guna saja susu dalam botol walaupun setiap botol saya dah labelkan no 2 hingga 4 mengikut turutan waktu. Memang lah tak baik berprasangka, tapi itu saja kaitannya.

Semalam, 1oz saya guna untuk rendam oat bagi Muhammad makan. 2oz lagi Muhammad tak nak minum. Hari ni, 3oz terbuang macam tu saja sebab terlupa nak campurkan dalam bubur. Muhammad pula bila balik dari taska memang tak mahu langsung minum susu dalam botol.

Sangat sedih bila terpaksa buang susu sedangkan nak dapatkan stok pun cukup-cukup makan saja.

Bila fikir semula, kita nak cerewet sangat pun tak boleh juga. Nanti penjaga rasa sakit hati, jadi tak ikhlas, dibuatnya macam-macam kepada anak kita, susahlah kan. Jadi untuk mengatasinya pindahkan siap-siap EBM cair tu dalam feeding bottle. Sudah tentu itu yang pertama akan digunakan. Biarlah saya buat kerja lebih sikit demi anak dan hati sendiri.

Tuesday, October 11, 2011

..::PHEWW::..

Hampir seminggu tak kemas kini. Mesti ada yang rasa eh dia ni hangat-hangat tahi ayam agaknya. Maklum la follower pun dah sampai sasaran angka 100. Tiba-tiba terus senyap. Apa pun tahniah Cik Puan Daun. Nanti i jumpa u bagi hadiah.

Agak sibuk kebelakangan ni. Suami kurang sihat. Anak pun demam baru-baru ni. Suami kata Muhammad demam nak setahun. Pergh sekejap saja rasa, dah nak setahun anak bujang tu. Cerita pasal bersalinkan Muhammad pun baru nak karang. Hiks.

Cerita Singapura pun saya hold dulu lah ya. Gambar-gambar dah edit. Nanti ada kelapangan saya sambung.

Ni update ekspress sementara anak tidur dengan nyenyak. Lagipun saya tunggu suami balik dari main badminton dengan jiran-jiran. Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik kejadian pecah rumah yang semakin berleluasa di kawasan kejiranan ni, penduduk dah makin bersatu dan saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.

Ok sampai ketemu lagi.

Tuesday, October 04, 2011

..::PERTUKARAN, PERPINDAHAN & SAMBUNG BELAJAR::..

Curi masa sikit. Pagi tadi keluar macam biasa 6.30pagi. Tapi sampai pejabat hampir jam 8.30pagi dek kerana ada kemalangan melibatkan 5 buah kereta sebelum sampai tol Jalan Duta. Boss tanya apa kaitan kemalangan dengan lewat sampai pejabat? Huk Huk Huk. Boss faham sendiri je lah.

Ni cabaran bila jarak rumah dengan pejabat sangat jauh. Berpuluh kilometer. Permohonan pertukaran dah hampir setahun, sunyi lagi. Kena tunggu giliran adalah jawapan standard. Lagipun lokasi yang saya pohon tu lokasi panas.

Baru-baru ni dapat maklumat mana-mana Jabatan yang menyewa kena pindah Putrajaya. Hati dah sedikit lega. Memang jarak Shah Alam ke Putrajaya tak jauh beza dengan jarak ke Kuala Lumpur. Tapi sekurang-kurangnya saya tak perlu masuk pusat bandar. Cuma, semalam pegawai yang berkaitan beritahu kemungkinan besar Jabatan tak jadi pindah. Sebaliknya mungkin akan ambil alih pejabat lama di Jalan Dato' Onn bila Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pindah ke Putrajaya. Katanya lagi mungkin kos pengubahsuaian jadi faktor. :(

Sembang-sembang dengan suami, lalu dicadangkannya supaya saya ambil cuti dan sambung belajar jika susah sangat nak dapat tukar atau tak jadi pindah Putrajaya. Mencabar juga cadangan tu. Ye lah kalau sorang-sorang mungkin mudah. Ni dah ada suami, ada anak mana nak belajar dan buat tugasan lagi. Mampu ke saya nak beri komitmen untuk semua ni. Lagipun nak tuntut ilmu kena lahir dari hati. He he.

Bila fikirkan semua ni, hati memang terasa benar nak berhenti kerja dan tumpukan perhatian terhadap keluarga serta rumahtangga. Kata seorang kawan, bila dah berhenti nanti hati meronta-ronta pula nak kerja semula. Ada juga kawan yang terfikir, bagaimanakah 'nasib' kita pada masa akan datang bila tak ada pendapatan sendiri jika sesuatu yang 'buruk' berlaku. Mungkin kaunselor boleh bagi pandangan berdasarkan pengalaman.

Keputusan pertukaran atau perpindahan bukan di tangan saya. Namun yang lain, terpulang kepada saya. Dan, apa pun keputusan yang saya pilih, ada pro dan kontranya juga.

Monday, October 03, 2011

..::JUMPA KAWAN LAMA::..

Sesampai je di Singapura saya terus sms kawan yang dah lama tak jumpa ni. Kalau blogger zaman Geng Jurnal dulu mesti kenal Emma. Sebenarnya kebetulan awal tahun haritu saya ternampak komen dia cari saya di FB Kimi. Maklumla Emma ni kawan satu Uni dengan Kimi. Teruslah saya contact dan kemudian tukar-tukar nombor telefon. Emma sekarang kerja dengan MEARSK di Singapura.

Ok dah set masa semua, lepas kerja Emma terus datang hotel. Jumpa di lobi dulu sementara tunggu suami yang baru balik kerja nak siap-siap. Bincang-bincang apa nak makan, kami serahkan pilihan di tangan Emma.

..::Jom kita ke Garuda di 313 Somerset::..



Kata Emma, nak selamat kena buat tempahan dulu. Memang betul sebab tengah-tengah makan ada rombongan orang besar dari Indonesia masuk dan dah penuhkan sebahagian ruang restoran.

..::Lauk pauk yang dipilih::..



..::Budak yang tumpang makan::..



..::Gambar ramai-ramai. Orang meja sebelah pun nak tumpang sama bergambar::..



Bila ada cermin besar, tak perlu minta tolong orang ambilkan gambar. Dan hasilnya pun lebih memuaskan hati sendiri. Hi hi.

..::Bergambar dengan si tukang belanja makan::..



Terima kasih banyak-banyak kepada Emma. Masa agak terhad dan Emma pun agak sibuk. InsyaAllah jika ada peluang ke Singapura untuk jangka masa yang lebih panjang dan santai, mesti contact Emma lagi. Dan entry diakhiri dengan gambar bayi yang telah kenyang menyusu.



Selamat malam. Muhammad kena tidur awal sebab esok nak jalan-jalan di Singapura ;)