Showing posts with label singapura. Show all posts
Showing posts with label singapura. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

..::JUMPA SINGA MUNTAH::..

Mari kita sambung cerita bergambar selepas 3 entry sebelum ni penuh dengan ayat.

Lepas suami pergi kerja saya siap-siap apa yang patut sementara Muhammad masih tidur. Hari ni dah rancang nak pergi jalan-jalan ke Merlion Park. Sebenarnya lebih kepada diri sendiri yang nak pergi sebab Muhammad belum mengerti apa motifnya. He he he.

Masa pertama kali datang Singapura tahun lepas, saya memang nak pergi Merlion tapi tak jumpa cari. Walaupun sebenarnya saya dah sampai ke Esplanade. Sedih juga sebab apalah ertinya datang ke Singapura jika tak ada gambar depan Merlion. Cuma, hmmm barang yang lepas usah dikenang. Jadi, ambil teksi dari lobi hotel terus ke taman. Kat Merlion, orang sangat ramai dan kebanyakkannya pelancong dari Indonesia.

..::Suka tengok orang ramai::..



..::Boss besar::..



Sebab saya nak juga bergambar dengan singa muntah air tu, maka saya minta tolong sorang pemuda Indonesia untuk ambilkan gambar saya dengan Muhammad. Saya dah elok berdiri sebelah singa tu, tapi budak tu beriya-iya suruh saya berdiri depan singa. "Di sini lebih cantik buuukk" katanya. Dan, saya terpaksa redha dengan hasilnya. Uwaaaaaa.

..::gambar yang cacat::..



Secara logiknya mana ada orang bergambar depan singa tu kan? Mana nak nampak muntah air tu. Huks. Lalu, terpaksalah ambil gambar sendiri sambil dukung anak.

..::bolehlah asalkan ada::..



Sebab orang ramai sangat dan tak ada celah nak bergambar sebelah singa besar, saya pun ambil keputusan untuk beredar. Ada rezeki datang lagi dengan suami, baru boleh bergambar dengan suka hati. Lagipun langit dah berarak mendung kelabu.


..::Gambar ni saya ambil sewaktu berjalan dari Merlion Park ke Suntec City::..


Ok. Sudah habis. Nanti saya cerita pengalaman travel alone with infant pula ya.

Monday, October 03, 2011

..::JUMPA KAWAN LAMA::..

Sesampai je di Singapura saya terus sms kawan yang dah lama tak jumpa ni. Kalau blogger zaman Geng Jurnal dulu mesti kenal Emma. Sebenarnya kebetulan awal tahun haritu saya ternampak komen dia cari saya di FB Kimi. Maklumla Emma ni kawan satu Uni dengan Kimi. Teruslah saya contact dan kemudian tukar-tukar nombor telefon. Emma sekarang kerja dengan MEARSK di Singapura.

Ok dah set masa semua, lepas kerja Emma terus datang hotel. Jumpa di lobi dulu sementara tunggu suami yang baru balik kerja nak siap-siap. Bincang-bincang apa nak makan, kami serahkan pilihan di tangan Emma.

..::Jom kita ke Garuda di 313 Somerset::..



Kata Emma, nak selamat kena buat tempahan dulu. Memang betul sebab tengah-tengah makan ada rombongan orang besar dari Indonesia masuk dan dah penuhkan sebahagian ruang restoran.

..::Lauk pauk yang dipilih::..



..::Budak yang tumpang makan::..



..::Gambar ramai-ramai. Orang meja sebelah pun nak tumpang sama bergambar::..



Bila ada cermin besar, tak perlu minta tolong orang ambilkan gambar. Dan hasilnya pun lebih memuaskan hati sendiri. Hi hi.

..::Bergambar dengan si tukang belanja makan::..



Terima kasih banyak-banyak kepada Emma. Masa agak terhad dan Emma pun agak sibuk. InsyaAllah jika ada peluang ke Singapura untuk jangka masa yang lebih panjang dan santai, mesti contact Emma lagi. Dan entry diakhiri dengan gambar bayi yang telah kenyang menyusu.



Selamat malam. Muhammad kena tidur awal sebab esok nak jalan-jalan di Singapura ;)

Friday, September 30, 2011

..::KE SEBERANG KITA::..

Ni cerita lama. Kejadian 27 - 29 Julai 2011 yang lepas. Just before puasa. Saya dan Muhammad terbang ke seberang tambak. Kebetulan suami ada kerja di sana.

Keluar rumah awal pagi naik teksi. Tapi saya dan Muhammad turun dulu di LCCT sebab naik Airasia. Suami pula terus ke KLIA. Macam-macam perasaan ada sebab ni pertama kali saya naik Airasia dan kebetulan pula pertama kali saya akan travel sendirian dengan bayi. Pengalaman travel dengan baby saya cerita kemudian.



Sengaja ambil flight yang masa ketibaan tak jauh beza dengan suami. Jumpa di Changi Airport dan pergi makan dulu. Lepas tu baru check in hotel sebab suami kena pergi kerja pula.


..::budak yang seronok dapat jumpa ayah::.


Kami tinggal di Four Seasons Hotel. Hotel yang sangat cantik dan mempunyai kakitangan yang sangat mesra serta perkhidmatan yang bagus. Daripada kakitangan di kaunter sehingga ke bell boy, memang bagus.


..::ruang bilik::..



..::bilik air yang ada karpet depan sinki, tapi lupa nak ambil gambar::.


Lepas solat suami pergi kerja. Saya ambil peluang berehat saja. Kebetulan Muhammad pun dah pengsan.



Malam ada janji temu dengan kawan blogger yang dah bertahun tak jumpa. Jadi, entry lain ya. ;)