Tuesday, October 18, 2011

..::BARU NAK MERASA::..

Sana sini heboh pasal tutti frutti si frozen yogurt tu kan. Dalam TV rancangan Sarapan pun ada tunjuk haritu. Teringinnya.

Kebetulan baru-baru ni pergi Tropicana City Mall, keluar lif dari parking terus nampak gerainya. Apa lagi paksa suami untuk beli. Sebab pertama kali nak beli, memang kekok je. Suami tukang gelak-gelak.


..::Tutti Frutti saya::..



..::Selambak::..


Maklumlah, baru nak cuba. Suka hati saja ambil perasa pisang strawberry, vanilla dan Chocolate. Kemudian taburlah kacang, choc rice, choc chip, nata de coco dan kismis. Bila sampai kat penimbang, pitam!!! ha ha ha.. ambik kau RM17.60 kot tak ingat dah, dan terlupa nak ambil gambar sebab terkejut. Beli je lah kan. Lagipun arwah ayah saya selalu pesan, bab makan jangan berkira.

Jadi, sesiapa ada tips macam mana nak beli tutti frutti dengan berbaloi boleh kongsikan dengan saya ya.

Kesimpulannya, Tutti Frutti ni sedap. He he he

7 comments:

Fara said...

Ms sy preggy dulu, sy selalu mengidam TF nie. Hahahah! Botak pale jadinya!

Kehelan said...

adik sy terer beli menda alah nih... dia amik tiga perisa, tp bila timbang bayar tak lebih dr 7 inggit...

Miss Wawa83 said...

nk try gak...npk je da sedap..huhu

Nida Shaari said...

FARA :
Ha ha.. Saya masa hujung-hujung pregnant asyik nak makan tembikai & minum air kelapa muda

KEHELAN :
Wah!! boleh berguru kalau macam tu

WAWA :
Sedap macam aiskrim.. Tapi kena pandai bajet lah

Amy Z! said...

Semua ni trend je nih. Haha.

Nida Shaari said...

AMYZ :
Ha ha ha.. baru la in-trend.. kan.. ahaks

tentangseseorang said...

dia ikut berat kan...so kena bajet2lah berat dia. yer bab kaya amyz, semua nih trend jer kak :p