Tuesday, October 11, 2011

..::PHEWW::..

Hampir seminggu tak kemas kini. Mesti ada yang rasa eh dia ni hangat-hangat tahi ayam agaknya. Maklum la follower pun dah sampai sasaran angka 100. Tiba-tiba terus senyap. Apa pun tahniah Cik Puan Daun. Nanti i jumpa u bagi hadiah.

Agak sibuk kebelakangan ni. Suami kurang sihat. Anak pun demam baru-baru ni. Suami kata Muhammad demam nak setahun. Pergh sekejap saja rasa, dah nak setahun anak bujang tu. Cerita pasal bersalinkan Muhammad pun baru nak karang. Hiks.

Cerita Singapura pun saya hold dulu lah ya. Gambar-gambar dah edit. Nanti ada kelapangan saya sambung.

Ni update ekspress sementara anak tidur dengan nyenyak. Lagipun saya tunggu suami balik dari main badminton dengan jiran-jiran. Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik kejadian pecah rumah yang semakin berleluasa di kawasan kejiranan ni, penduduk dah makin bersatu dan saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.

Ok sampai ketemu lagi.

2 comments:

Fara said...

Kes pecah rumah berleluasa?

Sy ada pengalaman rumah kena pecah. Menggigil 1 badan. Kebetulan suami syif ptg. Dan2 tu jugak call suami suh balik. Seram duduk berdua dgn anak.

Nida Shaari said...

FARA :
Kat tempat saya kebanyakkannya pecah masuk time siang orang pergi kerja. Tapi sejak akhir-akhir ni malam/subuh pun dah mula nak merompak. Kalau husband outstation memang saya berdebar-debar je tinggal berdua dengan anak kecik.. Apa pun berdoa banyak-banyak je lah..