Wednesday, October 12, 2011

..::ADUHAI TASKA::..

Ini cabaran ibu bekerjaya. Anak terpaksa dijaga oleh orang lain sementara kita keluar bekerja. Dan ia juga cabaran besar bagi ibu yang menyusukan sepenuhnya bayi, macam saya.

Masa survey taska dulu, saya dah tanya sama ada pekerja pandai mengendalikan EBM, dan pengurus kata ya. Malah pekerjanya adalah mereka yang terlatih.

Hmmm.. Tapi sekarang saya pula yang terletih. Dah dua hari rasa senak bila buka cooler bag, nampak ada 1 pek susu 3oz tak habis. Susu dalam pek bermakna EBM yang dah dicairkan, jadi kena guna dalam tempoh 24 jam selepas dicairkan.

Lalu saya syak penjaga Muhammad kurang rajin nak uruskan susu dalam pek. Jadi guna saja susu dalam botol walaupun setiap botol saya dah labelkan no 2 hingga 4 mengikut turutan waktu. Memang lah tak baik berprasangka, tapi itu saja kaitannya.

Semalam, 1oz saya guna untuk rendam oat bagi Muhammad makan. 2oz lagi Muhammad tak nak minum. Hari ni, 3oz terbuang macam tu saja sebab terlupa nak campurkan dalam bubur. Muhammad pula bila balik dari taska memang tak mahu langsung minum susu dalam botol.

Sangat sedih bila terpaksa buang susu sedangkan nak dapatkan stok pun cukup-cukup makan saja.

Bila fikir semula, kita nak cerewet sangat pun tak boleh juga. Nanti penjaga rasa sakit hati, jadi tak ikhlas, dibuatnya macam-macam kepada anak kita, susahlah kan. Jadi untuk mengatasinya pindahkan siap-siap EBM cair tu dalam feeding bottle. Sudah tentu itu yang pertama akan digunakan. Biarlah saya buat kerja lebih sikit demi anak dan hati sendiri.

1 comments:

faraherda.razalan said...

Sy teringat mak sy dulu. Mak sy fully bf adik no.3 smpi umur adik 3 thn. Pastu mak sy fully bf adik sy no.4 smpi menjangkau 4 thn. Tanpa setitik pun susu tepung.

Mak sy tak simpan stok EBM. Klu die pegi keje, die just pegi keje mcm tu je. Klu agak2 susu byk, die perah pastu simpan kat freezer opis then blk umah immediately bg adik sy (itu cerita adik sy no.3).

Adik sy no.4 pulak, lgsg tak nak minum susu dlm botol. Sy tgk mcm cabaran plg hebat yg no. 4 tu. Tapi mak sy lgsg tak pnh tunjuk yg die stress. Dah tu, susu die byk smpi umur adik menjangkau 4 thn.

Saya kagum....