Showing posts with label macam-macam hal. Show all posts
Showing posts with label macam-macam hal. Show all posts

Saturday, October 06, 2012

..::CERITA AYAM::

Kalau di Malaysia, bila beli ayam seekor dan minta potong kecil, selalunya yang saya tahu paling kecil ialah potong 16. Mungkin nak kecil lagi boleh potong 18 kot.

Tapi di sini, ini yang saya dapat bila minta potong kecil.


Yang tinggal hanya sebesar 1 inci setiap potongan. Istighfar sajalah masa bersihkan dan nak asingkan isi dengan tulang.


Suami pesan, lain kali tunggu jangan pergi mana-mana masa beli ayam walaupun kedai sayur kat sebelah.

Hmmm.. Lain padang, lain belalangnya kan.



Friday, October 05, 2012

..::DIA BUAT LAGI::


Dua hari berturut-turut terlentok di kerusi. Apa-apa sajalah Muhammad.

Thursday, October 04, 2012

..::MACAM NI PUN BOLEH::..



Ini la akibat tak mahu tidur pada waktu yang sepatutnya. Sekejap je saya tinggalkan pergi tandas, keluar bilik tengok dah terlentok.

Mujur juga hari ni, walaupun tak tidur Muhammad tak meragam. Mungkin sebab asyik makan saja. Itu yang sambil makan pun boleh tertidur. Apa lagi saya pun ambil camera dan rakam buat kenangan. Memang nyenyak sungguh sebab masa saya cuba nak dukung bawa masuk bilik pun dia tetap macam tu.

Dan, tak pasal-pasal terus jadi bahan blog. He he he.





Saturday, May 19, 2012

..::MERAH KUNING::..

Hebat sungguh peranan warna.

Kalau di Kuala Lumpur ada kumpulan baju kuning. Di Bangkok ada kumpulan baju merah.

Hari ni kumpulan baju merah buat perhimpunan, sempena menyambut ulangtahun kedua pertembungan di antara penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin, dengan kumpulan tentera Thai. Dijangka ia satu perhimpunan yang amat besar.

Semacam di Kuala Lumpur, rakyat di Bangkok juga di nasihatkan untuk tidak kelur ke pusat bandar dan kawasan-kawasan sekitar tempat perhimpunan. Kesesakan pastinya, dan kemusnahan juga mungkin berlaku. Langkah berjaga-jaga perlu diambil.

Jadi, minggu ni kita berehat sahaja di rumah, sekaligus boleh jimat wang daripada membeli belah. He he he

Wednesday, May 16, 2012

..::SEMENTARA ITU::..

Sarapan dah siap.
Bekal makan tengahari untuk suami dah sedia.
Kain baju dah lipat dan simpan dalam almari.
Anak masih tidur.

Jadi, sementara tu boleh la kita update blog. He he he

Saturday, May 05, 2012

..::PULAU PANDAN JAUH KE?::..

Di Shah Alam, saya ada tanam pokok pandan. Lebat dan rimbun daunnya.

Tapi, sehelai pun saya tak bawa datang Bangkok.

Entah lah. Tak sangka pula susah benar nak cari daun pandan kat sini.

Agak-agak, pulau pandan jauh ke?

Thursday, April 26, 2012

..::MENGECUT::..

Baru seminggu jadi suri rumah sepenuh masa, semua seluar (yang saya bawa datang sini) dah mengecut.

Jadi, terpaksalah saya salahkan mesin basuh yang ada pengering tu.

..::LAPAR::..

Bila tidur awal, saya selalu terjaga tengah malam dan berasa lapar yang amat sangat.

Sekarang, saya bangun makan dan tak boleh tidur semula. Lalu curi masa lipat kain baju dan kemudian update blog.

Sebab tu semasa di Shah Alam saya selalu sediakan biskut dan air kosong di sebelah katil. Lepas kunyah-kunyah biskut boleh terus baring semula dan paksa tidur. He he he.

ok tata.

Wednesday, April 25, 2012

..::DISEKAT::..

Sebenarnya semalam, akaun Gmail saya ni disekat gara-gara tersalah masukkan tarikh lahir masa buat playlist di youtube.

Katanya ambil masa 3 - 5 hari bekerja untuk aktifkan semula akaun selepas saya hantar bukti yang saya bukan bawah umur yang ditetapkan. Tapi dalam tempoh 24 jam dah boleh akses.

Jadi tak perlu lah saya buat blog baru.

Tuesday, October 18, 2011

..::BARU NAK MERASA::..

Sana sini heboh pasal tutti frutti si frozen yogurt tu kan. Dalam TV rancangan Sarapan pun ada tunjuk haritu. Teringinnya.

Kebetulan baru-baru ni pergi Tropicana City Mall, keluar lif dari parking terus nampak gerainya. Apa lagi paksa suami untuk beli. Sebab pertama kali nak beli, memang kekok je. Suami tukang gelak-gelak.


..::Tutti Frutti saya::..



..::Selambak::..


Maklumlah, baru nak cuba. Suka hati saja ambil perasa pisang strawberry, vanilla dan Chocolate. Kemudian taburlah kacang, choc rice, choc chip, nata de coco dan kismis. Bila sampai kat penimbang, pitam!!! ha ha ha.. ambik kau RM17.60 kot tak ingat dah, dan terlupa nak ambil gambar sebab terkejut. Beli je lah kan. Lagipun arwah ayah saya selalu pesan, bab makan jangan berkira.

Jadi, sesiapa ada tips macam mana nak beli tutti frutti dengan berbaloi boleh kongsikan dengan saya ya.

Kesimpulannya, Tutti Frutti ni sedap. He he he

Wednesday, October 12, 2011

..::ADUHAI TASKA::..

Ini cabaran ibu bekerjaya. Anak terpaksa dijaga oleh orang lain sementara kita keluar bekerja. Dan ia juga cabaran besar bagi ibu yang menyusukan sepenuhnya bayi, macam saya.

Masa survey taska dulu, saya dah tanya sama ada pekerja pandai mengendalikan EBM, dan pengurus kata ya. Malah pekerjanya adalah mereka yang terlatih.

Hmmm.. Tapi sekarang saya pula yang terletih. Dah dua hari rasa senak bila buka cooler bag, nampak ada 1 pek susu 3oz tak habis. Susu dalam pek bermakna EBM yang dah dicairkan, jadi kena guna dalam tempoh 24 jam selepas dicairkan.

Lalu saya syak penjaga Muhammad kurang rajin nak uruskan susu dalam pek. Jadi guna saja susu dalam botol walaupun setiap botol saya dah labelkan no 2 hingga 4 mengikut turutan waktu. Memang lah tak baik berprasangka, tapi itu saja kaitannya.

Semalam, 1oz saya guna untuk rendam oat bagi Muhammad makan. 2oz lagi Muhammad tak nak minum. Hari ni, 3oz terbuang macam tu saja sebab terlupa nak campurkan dalam bubur. Muhammad pula bila balik dari taska memang tak mahu langsung minum susu dalam botol.

Sangat sedih bila terpaksa buang susu sedangkan nak dapatkan stok pun cukup-cukup makan saja.

Bila fikir semula, kita nak cerewet sangat pun tak boleh juga. Nanti penjaga rasa sakit hati, jadi tak ikhlas, dibuatnya macam-macam kepada anak kita, susahlah kan. Jadi untuk mengatasinya pindahkan siap-siap EBM cair tu dalam feeding bottle. Sudah tentu itu yang pertama akan digunakan. Biarlah saya buat kerja lebih sikit demi anak dan hati sendiri.