Showing posts with label pindah. Show all posts
Showing posts with label pindah. Show all posts

Tuesday, October 04, 2011

..::PERTUKARAN, PERPINDAHAN & SAMBUNG BELAJAR::..

Curi masa sikit. Pagi tadi keluar macam biasa 6.30pagi. Tapi sampai pejabat hampir jam 8.30pagi dek kerana ada kemalangan melibatkan 5 buah kereta sebelum sampai tol Jalan Duta. Boss tanya apa kaitan kemalangan dengan lewat sampai pejabat? Huk Huk Huk. Boss faham sendiri je lah.

Ni cabaran bila jarak rumah dengan pejabat sangat jauh. Berpuluh kilometer. Permohonan pertukaran dah hampir setahun, sunyi lagi. Kena tunggu giliran adalah jawapan standard. Lagipun lokasi yang saya pohon tu lokasi panas.

Baru-baru ni dapat maklumat mana-mana Jabatan yang menyewa kena pindah Putrajaya. Hati dah sedikit lega. Memang jarak Shah Alam ke Putrajaya tak jauh beza dengan jarak ke Kuala Lumpur. Tapi sekurang-kurangnya saya tak perlu masuk pusat bandar. Cuma, semalam pegawai yang berkaitan beritahu kemungkinan besar Jabatan tak jadi pindah. Sebaliknya mungkin akan ambil alih pejabat lama di Jalan Dato' Onn bila Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pindah ke Putrajaya. Katanya lagi mungkin kos pengubahsuaian jadi faktor. :(

Sembang-sembang dengan suami, lalu dicadangkannya supaya saya ambil cuti dan sambung belajar jika susah sangat nak dapat tukar atau tak jadi pindah Putrajaya. Mencabar juga cadangan tu. Ye lah kalau sorang-sorang mungkin mudah. Ni dah ada suami, ada anak mana nak belajar dan buat tugasan lagi. Mampu ke saya nak beri komitmen untuk semua ni. Lagipun nak tuntut ilmu kena lahir dari hati. He he.

Bila fikirkan semua ni, hati memang terasa benar nak berhenti kerja dan tumpukan perhatian terhadap keluarga serta rumahtangga. Kata seorang kawan, bila dah berhenti nanti hati meronta-ronta pula nak kerja semula. Ada juga kawan yang terfikir, bagaimanakah 'nasib' kita pada masa akan datang bila tak ada pendapatan sendiri jika sesuatu yang 'buruk' berlaku. Mungkin kaunselor boleh bagi pandangan berdasarkan pengalaman.

Keputusan pertukaran atau perpindahan bukan di tangan saya. Namun yang lain, terpulang kepada saya. Dan, apa pun keputusan yang saya pilih, ada pro dan kontranya juga.

Wednesday, May 21, 2008

..::APA BARANG BARANG APA::..

Suatu petang yang damai. Dalam kesesakan lalulintas. Terdetik di hati nak tengok handphone dalam handbag.

Uwop!! Uwop!! Ada 5 missed called dari Naga. Apa dia nak ni. Setahu aku dia tak kan bazirkan kredit kalau tak de hal penting-penting.

Aku telefon semula. Ya. Aku ada 250 minit panggilan percuma. Jadi gunakanlah ia sebaik mungkin.

"Hello babe, kau pindah bangunan mana sebenarnya ni..." Kedengaran terus suara dengan nada yang bisa mencairkan gadis-gadis genit dari corong sebelah sana.

"Laa.. Aku pindah Bangunan MAS lah. Jalan Sultan Ismail tu. Depan Hotel Equatorial. Kau nak tanya tu je ke? Sampai 5 kali missed called."

"ha ha ha.. wooo sesak la sana tu. Kau bawak kereta ke?" Pakcik ini memang seorang yang concern.

"Bawak. Tapi 1/2 perjalanan je. Aku naik monorel. Huh! kau nak tahu, tadi aku balik dalam monorel padat gile. Aku lagi sanggup jammed atas jalan lagi daripada jammed dalam monorel dengan macam-macam orang dan bau yang ada." Oohh.. mula mengadu domba.

"Eh, kau orang naik monorel tak beratur ke?" Tanya pakcik prihatin lagi.

"Memang la beratur. Tapi kau tau la, punya la ramai orang. Dah tak boleh nak masuk, apa barang mau tolak-tolak!!" Gadis genit mahu lepaskan amarahnya.

"Wooo!! Nida sebut barang la, Vovin." Kedengaran suara pakcik sebelah sana.

"Hah!! Barang apa?" Soal lelaki yang bernama Vovin itu pula.

HAMPEH!!

Saturday, May 10, 2008

..::PINDAH::..

Ini pemandangan dari cermin pejabat baru aku..



Dan.. Aku akan merindui segala kemudahan asas yang terdapat di Maju Junction. Sungguh.

Juga.. Aku akan merindui SOGO.. yang semakin jauh dariku... ha ha ha..