Thursday, October 13, 2011

..::JUMPA SINGA MUNTAH::..

Mari kita sambung cerita bergambar selepas 3 entry sebelum ni penuh dengan ayat.

Lepas suami pergi kerja saya siap-siap apa yang patut sementara Muhammad masih tidur. Hari ni dah rancang nak pergi jalan-jalan ke Merlion Park. Sebenarnya lebih kepada diri sendiri yang nak pergi sebab Muhammad belum mengerti apa motifnya. He he he.

Masa pertama kali datang Singapura tahun lepas, saya memang nak pergi Merlion tapi tak jumpa cari. Walaupun sebenarnya saya dah sampai ke Esplanade. Sedih juga sebab apalah ertinya datang ke Singapura jika tak ada gambar depan Merlion. Cuma, hmmm barang yang lepas usah dikenang. Jadi, ambil teksi dari lobi hotel terus ke taman. Kat Merlion, orang sangat ramai dan kebanyakkannya pelancong dari Indonesia.

..::Suka tengok orang ramai::..



..::Boss besar::..



Sebab saya nak juga bergambar dengan singa muntah air tu, maka saya minta tolong sorang pemuda Indonesia untuk ambilkan gambar saya dengan Muhammad. Saya dah elok berdiri sebelah singa tu, tapi budak tu beriya-iya suruh saya berdiri depan singa. "Di sini lebih cantik buuukk" katanya. Dan, saya terpaksa redha dengan hasilnya. Uwaaaaaa.

..::gambar yang cacat::..



Secara logiknya mana ada orang bergambar depan singa tu kan? Mana nak nampak muntah air tu. Huks. Lalu, terpaksalah ambil gambar sendiri sambil dukung anak.

..::bolehlah asalkan ada::..



Sebab orang ramai sangat dan tak ada celah nak bergambar sebelah singa besar, saya pun ambil keputusan untuk beredar. Ada rezeki datang lagi dengan suami, baru boleh bergambar dengan suka hati. Lagipun langit dah berarak mendung kelabu.


..::Gambar ni saya ambil sewaktu berjalan dari Merlion Park ke Suntec City::..


Ok. Sudah habis. Nanti saya cerita pengalaman travel alone with infant pula ya.

2 comments:

Fara said...

Hahahahahahah! Kelakar lak baca entri nie. Awak travel alone dgn si kecik tu ke?

Nida Shaari said...

FARA :
Kira travel alone lah sebab husband naik flight lain di KLIA. Saya naik AirAsia. Lagipun sebab husband kerja, jadi jalan-jalan pun sendiri je dengan si kecik.. hiks..