Monday, October 03, 2011

..::JUMPA KAWAN LAMA::..

Sesampai je di Singapura saya terus sms kawan yang dah lama tak jumpa ni. Kalau blogger zaman Geng Jurnal dulu mesti kenal Emma. Sebenarnya kebetulan awal tahun haritu saya ternampak komen dia cari saya di FB Kimi. Maklumla Emma ni kawan satu Uni dengan Kimi. Teruslah saya contact dan kemudian tukar-tukar nombor telefon. Emma sekarang kerja dengan MEARSK di Singapura.

Ok dah set masa semua, lepas kerja Emma terus datang hotel. Jumpa di lobi dulu sementara tunggu suami yang baru balik kerja nak siap-siap. Bincang-bincang apa nak makan, kami serahkan pilihan di tangan Emma.

..::Jom kita ke Garuda di 313 Somerset::..



Kata Emma, nak selamat kena buat tempahan dulu. Memang betul sebab tengah-tengah makan ada rombongan orang besar dari Indonesia masuk dan dah penuhkan sebahagian ruang restoran.

..::Lauk pauk yang dipilih::..



..::Budak yang tumpang makan::..



..::Gambar ramai-ramai. Orang meja sebelah pun nak tumpang sama bergambar::..



Bila ada cermin besar, tak perlu minta tolong orang ambilkan gambar. Dan hasilnya pun lebih memuaskan hati sendiri. Hi hi.

..::Bergambar dengan si tukang belanja makan::..



Terima kasih banyak-banyak kepada Emma. Masa agak terhad dan Emma pun agak sibuk. InsyaAllah jika ada peluang ke Singapura untuk jangka masa yang lebih panjang dan santai, mesti contact Emma lagi. Dan entry diakhiri dengan gambar bayi yang telah kenyang menyusu.



Selamat malam. Muhammad kena tidur awal sebab esok nak jalan-jalan di Singapura ;)

2 comments:

Fara said...

Muhammad yg comel. Dia nampak petitkan? Sy rs, Aydin sebaya Muhammad dah tak muat nak pki bju yg Muhammad pakai tu..

=p

MushroomCute@Mariea said...

Round ke mana aja di Singapore tu?? Citerlah cepat...windu plak kat Spore..(padahal baru sekali jer gi pun)