Wednesday, July 15, 2009

..::BUBUR NASI ITU BUBUR, BUKAN NASI::..

Sebenarnya entry ini sudah seminggu terdampar di dalam draft. Di rumah, kadang-kadang agak perlahan jika mahu masukkan gambar. Tapi, malam ni ok pula. Jadi saya published saja entry ini.

Sejak kejadian jeans penanda aras tidak dapat dipakai 3 minggu yang lepas, saya buat keputusan untuk mengurangkan pengambilan nasi. Sementelah saya pun malas memasak dan tidak ada bahan mentah di dalam peti sejuk, itu lebih memudahkan misi saya.

Tapi saya tetap perlu makan. Kerana dibimbangi kejadian tekanan darah rendah berulang lagi. Lalu saya gagahkan diri untuk menyediakan satu masakan ringkas, mudah dan tentu sekali sedap.

Mula-mula sekali sediakan bahan-bahannya. Sukatan lebih kurang untuk 2 orang makan dengan sekali tambah. Maksudnya 4 pinggan-lah.

1 biji tomato. 1 biji cili merah. 4 - 5 ulas bawang putih/merah. 1 biji bawang besar. Maaf saya kehabisan bawang besar. Jadi, ia tiada dalam gambar. Semua bahan ini dipotong dadu.



1 tin 220g tomato puri (guna 1/2 tin sahaja), 6 sudu sos cili, cendawan butang (ikut kegemaran. Jika suka letak banyak lah) dan lebih kurang 1/4 daripada paket daging kisar sedia ada (juga sebenarnya ikut kegemaran). Jangan lupa sedikit air serta garam dan gula secukup rasa.



Cara-caranya:
(1) Cuci, kemudian sanga dulu daging tu untuk hilangkan air dan sedikit bau hanyir. Kemudian bila dah agak kering angkat dan gaul dengan campuran tomato puri, sos cili serta tomato dan cili yang telah dipotong dadu.

(2) Panaskan lebih kurang 3 - 4 sudu besar minyak. Tumiskan bawang sehingga kekuningan.

(3) Masukkan campuran daging, tomato dan cili tadi serta sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.

(4) Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

(5) Akhir sekali masukkan hirisan cendawan. Masak sehingga cendawan empuk.



Begitulah lebih kurang rupa paras kuah yang sedang mendidih di dalam kuali.

Setelah siap, bolehlah dihidangkan dan makan.



Oh, saya tidak tunjuk cara-cara merebus spaghetti kerana saya yakin semua orang tahu bagaimana.

Dan. Sedikit amaran. Jika nanti kamu mencuba resepi ini, tetapi hasil dan rasanya adalah tidak sesedap mana, sila jangan salahkan saya. Ia adalah tentang kebolehan dan perasaan yang lahir dari hati ketika memasak itu. Sungguh.

Jadi, selamat mencuba.

7 comments:

ezham said...

hmm. aku biasa tambah oregano sket. Basil sket. Cendawan tu selain dari yang dlm tin, aku masukkan 2 sudu cream of mushroom cap Campbell.

Nida Shaari said...

EZHAM :
A'ah lupa tulis pasal oregano.

Aku tabur gak oregano secubit walaupun aku tak pasti bila tarikh luput oregano aku tu. Ha ha ha.. Mujur tak sakit perut.

Owh nanti aku try letak cream mushroom tuh. Lagi sedah eh?

ymn said...

isk isk .. title sebit nasi+bubur
entrynya citer goreng2..
x baik utk kesihataan selalu mknan tin

hahahaha

ymn said...

sebit = sebut typing error hahahah

ezham said...

Biasanya step aku

daging - tabur/perap dengan steak spice (mc Cormick)
panaskan olive oil, tumis garlic then masukkan daging tadi, bila daging half cook, masukkan tuang tomato puree atau kalao malas, kimball tu je dengan cendawan. masukkan air, bila mendidih, masuk cream mushroom sama ada yang campbell atau serbuk mushroom soup maggi tu. secubit oregano secubit basil dan 2-3 cubit cayenne pepper. 2-3 cubit gula.

owh. lupa nak bgtau. cream of mushroom tu dah masin. so boleh skip garam tu. unless nak masin sket la. kalau time aku malas nak fikir sgt pasal cholesterol, aku letak sekali susu cair. lagi lemak berkrim.

hahahhhaha.
selamba komen panjang-panjang macam entry blog.

Nida Shaari said...

YMN :
Suka-suka hati lah nak letak tajuk apa pun.

EZHAM :
Wow bestnya dapat share resipi.

Nanti aku copy, print dan tampal kat peti ais.

Ahaks!!

ezham said...

nanti mlm ni aku try masak pastu snap a few pic.