Monday, July 06, 2009

..::DARI PENANG KE BOMBAY::..

Saya masih dalam misi pencarian cincin. Untuk apa, biarlah rahsia. Ahaks.

Kawan baik saya beri cadangan. Pergilah cari emas di Jalan Masjid India, katanya. Di situ ada banyak kedai emas. Tentu saja ada banyak pilihan.

Maka, sebagai kawan baik saya pun menurut cadangannya dan menjalankan misi meneroka Jalan Masjid India. Dengan niat mahu melombong emas. Bermula dari kedai emas di dalam Semua House, sehingga ke hujung deretan kedai di Jalan Masjid India. Dari Emas Seri Pinang sehingga ke Bombay Jeweleries dan entah apa-apa lagi nama kedai yang saya pergi.

Memang ada banyak kedai. Memang ada banyak emas. Malah harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Tetapi yang banyak adalah saiz cincin untuk kawan baik saya itu. Bila ditanya tentang saiz cincin saya, pembantu kedai pun terasa lucu. Eh, kawan saya cakap anak dia yang umur 5 tahun pun ada saiz cincin, tak 'kan lah untuk saya tak ada.

Hmmm.. Golongan terpilih agaknya saya ni.

14 comments:

MariahRohaini said...

Tapi saya rasa mesti awak tak rasa letih kan... maklumlah... misi kali ni, awak berteman kan????

asuhara sue said...

kat situ design x mcm hindustan ker?

Mya said...

bila pulak agaknya saya nak mulakan misi pencarian cincin saya eh.. hmm...

Yana Ismail said...

Hihi akak..saiz apa?yana 7 1/2.. sakit hati gakla bila ada design yg diminati tp tk dpt bli..huhu

anyway, kalau akak nk cr cincin yg bkualiti, mama kata g kedai emas lama2...;)

good luck!;)

puanstoberi said...

cikmadulebah :: takmo dtg kraf ke?? tgh promosi kerja kahwin skang.. mana tau..leh cuci2 mata..er..batik pun byk tau..ke cikmadulebah dh dtg sini. kalo nak dtg, gitau la..leh jumpa. Huhu..sori..komen takde kena mengena ngan entry membeli emas ;P

Nida Shaari said...

MARIAH :
He he he..

Kalau jalan 10,000km pun tak akan rasa letih. Dan lebih-lebih lagi pada akhirnya, misi berjaya!!

ASUHARA :
Memang sangat hindustan. Tapi ada gak design yang chantek

MYA :
Lepas sesi risik merisik, mungkin?

LIYANA :
Oh, makcik yang anaknya mengorat akak tu cakap cari kat Kuala Pilah pun ok jugak. *wink*wink*

PUAN STOBERI :
Saya dah pegi dari hari Sabtu lagi. Cuma semalam saja saya tak pergi sebab sangat letih. Nanti perasmian pun saya ada.

Sila tegur saya kalau ternampak, ya. ;)

puanstoberi said...

wah..cikmadulebah dtg yer kejap lagi. ha..sy pun duty usherette..jd antara yg berbaju batik seragam tu adalah saya..Insyaallah leh jumpa ni :)

Anonymous said...

kalo dah jumpa, oklah..tp kalo x jumpa jugak, nak suh balik belikat parit buntaq ja..kedai emas anuar.:D

hana

tentangseseorang said...

try la jelajah kedai2 emas kat area market tepeng tu kak

cik puan daun said...

aku saiz 27.. ada tak??

Nida Shaari said...

PUAN STOBERI :
Okey dah jumpa :)

HANA :
Bila masanya nak beli kat Parit Buntaq pun.

ADY :
Ni sorang lagi. Tadak masa nak beli kat Tepeng. Lagipun misi kat KL dah berjaya.

DAUN :
Saiz besar tade problem ar.

Weh biar betul 27? Kiranya saiz cincin U lagi besar lah dari saiz cincin bakal suami I?

tasekM said...

nida, kamu nk pakai cincin jari kelingking ke hape nih...?

:p


.

Marliza Radzi said...

saya saiz kecil juga.

beli cincin di Habib. tapi perlu resiza :D

Marliza Radzi said...

* resize