OK. Sila marahkan diri sendiri yang degil.
Saya sepatutnya baca buku untuk peperiksaan. Tapi saya begitu sibuk bercucuk tanam di FB. Di samping itu, saya juga sibuk membaca dan membalas komen di blog saya ini. Kemudian, saya tulis entry baru. Tidak ketinggalan, saya juga melawat blog-blog yang dikemaskini.
Pagi tadi saya sudah selesai satu peperiksaan. Rasa mahu menangis pun ada bila tangan sudah lenguh-lenguh menulis. 3 jam masa diberi untuk menjawab 5 soalan esei. 5 soalan tu hanya tajuk besar. Daripada 5 itu, dipecah-pecahkan lagi kepada 3 - 4 soalan kecil. Sebenarnya rasa mahu menangis juga bila saya cuma sempat jawab 4 daripada 5 soalan yang sepatutnya.
Ok. Sekali lagi sila salahkan diri sendiri yang tidak baca buku dan sibuk bercucuk tanam di FB serta melawat-lawat blog. Oh, semalam saya juga begitu asyik menonton siri Ugly Betty dan Desperate Housewives.
Mujur juga FB dan blog tak ada pada zaman dahulu ketika saya masih bergelar pelajar. Kalau tidak, tentu saja saya leka dan sekaligus melingkupkan pelajaran saya. Lalu, entah apa akan jadi pada nasib saya. Hmmm.. OK.. masa tidak boleh diundur semula. Itu hakikatnya.
Jadi, pergi baca buku dan tinggalkan FB dan blog buat sementara waktu. Demi masa depan. He he he
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
9 comments:
Oh..malangnya(baca:mencabar) menyambung belajar di zaman ada FB dan blog ini.
Adeh..deh..dateline assignment dah dekat hahaha!
tidak mengapa...kalau waktu tak dapat diulang.
Peperiksaan mungkin boleh...kan?
~po
sama la.bercucuk tanam di fb.haha.
nasib baik saya x berapa gemarkan fb.
kalau zaman dulu ada blog segala nih... aku ingat mau tak pas upsr gamaknya... ha ha. aku. akulah....
.
KAK LILY :
Sebab tu saya tak mampu. Tak berani tanggung risiko lah.
PO :
Sejak bila jadi anon ni?
Ya peperiksaan yang saya ambil semalam pun adalah kali ke 2
NIZAMSANI :
Addicted tau!! ha ha
ASUHARA :
Dulu saya tak berapa gemar juga
TASIK :
Jenuh la kena rotan ngan arwah ayah aku.
Ha ha ha
yup...setuju...saya juga pernah mengalami situasi yang seakan sama dengan kamu...pernah suatu ketika saya lewat menghantar tugasan semata-mata kerna tengah kemaruk menulis blog....hari-hari yang sepatutnya wajib saya penuhi dengan menyiapkan tugasan tetapi saya penuhi masa tersebut dengan dunia blog ni...tapi yang peliknya apabila saya tidak terikaT dengan mana-mana keperluan yang "wajib" dalam kehidupan ini, keinginan dan kemarukan menulis blog itu seakan tiada langsung....apakah ini suatu dugaan hidup...
RUHI_HAYAT :
Manusia ni memang selalu macam tu. Lalai dan alpa pada tanggungjawab.
*Muhasabah diri sendiri juga. Huk huk
yup....hadapilah kehidupan mengikut sistem aturannya...jangan percaya pada dakyah yang mahu hidup di luar aturannya...kelak akan menyesal...
Post a Comment