Tuesday, December 30, 2008

..::WALAUPUN RINGAN TAK ADA ORANG NAK TOLONG JINJING::..

Saya tinggal di kampung. Kampung yang masih tebal pengamalan tradisi gotong-royongnya. Terutama sekali berkaitan kenduri-kendara. Kenduri kahwin khususnya. Walaupun sekarang ini sudah ramai yang mula menggunakan khidmat katerer.

Semalam saya meraikan majlis resepsi sepupu. Di dewan. Bagi masyarakat setempat (kampung), majlis perkahwinan di dewan agak.. mungkin boleh dikatakan janggal. Apatah lagi jika dibuat di hotel.

Maka, bermula dari dalam perjalanan sehingga ke waktu makan di meja, topik perbualan dengan adik beradik ialah bagaimanakah majlis saya nanti dan di manakah lokasinya. Tentu saja ia menjadi topik dan isu kerana saya seorang sahaja yang masih solo.

Melihat kepada mahu meringankan kerja dan memudahkan capaian, mungkin majlis di dewan jadi pilihan. Senang kawan-kawan mahu datang, berbanding jika dibuat di kampung yang jauh ke dalam. Nanti ada pula kawan yang tanya, jalan ke rumah saya sudah berturap atau masih jalan tanah merah yang berlopak-lopak. Bimbang nanti kereta yang mahal cedera kerana asyik terlanggar lopak.

Abang ipar saya mencadangkan agar diadakan majlis pada waktu malam. Di dewan juga. Katanya sekarang ni orang kampung semua sudah punya kereta, jadi tidak susah jika mahu ke majlis itu. Adik saya kata, buat di dewan dan jemput kawan-kawan sahaja. Mungkin kawan-kawan yang kita suka sahaja. Ha ha ha.. Tak perlu jemput orang kampung. Itu memang cadangan yang keji.

Mak pula memang menentang sekeras-kerasnya cadangan mahu adakan majlis di dewan tak kira siang atau malam. Atau cadangan jemput kawan-kawan sahaja. Apa tidaknya, majlis adik saya 2 tahun lalu yang menggunakan khidmat katerer walaupun kenduri masih di kampung pun sudah menjadi isu, inikan pula jika majlis dibuat di dewan. Mak tak sanggup nak hadapi situasi begitu. Jadi buah mulut orang kampung. Yang bermati-matian mahu bergotong royong walaupun sudah dimaklumkan ia adalah untuk menyenangkan mereka. Dan tentu sekali untuk memudahkan kami adik beradik yang walaupun ramai tapi tinggalnya jauh-jauh. Tiada siapa yang nak mengepalai segala mesyuarat persediaan kenduri sejak arwah ayah meninggal. Belum lagi segala perkara sebelum dan selepas kenduri yang perlu dibereskan. Bukan menolak amalan bergotong royong sebaliknya itu majlis kita dan kita tuan rumah. Tentu ada sebab kenapa kita mahu gunakan khidmat katerer.

Tapi, itulah kampung saya. Kampung yang masih kuat mengamalkan tradisi bergotong royong. Terutama sekali berkaitan kenduri kendara.

Cuma. Sebelum perbincangan diteruskan dengan lebih lanjut, sila tanya pada diri sendiri.

Bila majlisnya tu? Ha ha ha

11 comments:

sahalfikri said...

org kokos suka gotong royong gak.sgt3.xde apapun majlis tanpa penglibatan semua anggota masyarakat.seronok.

tasikmerah said...

apa kata kita majukan soalan tersebut kepada bakal pengantin lelakinya. ha ha.

Ron97 said...

sepanjang aku jadi photog kahwin, mcm mcm gaya kenduri aku jumpa.

jawapan pada persoalan hang skrg adalah,
kalau kat perlis ni, dia panggil 'syarikat'
mcm katering, tapi gotong royong.
kita serah semua pada satu jawatankuasa kampung dipanggil 'syarikat' dan diorang yang akan uruskan semua mcm katering. hang cuma perlu pikir, apa yang hang nak letak dlm paperbag yang nak bagi kat aku ja.
(aku nak bunga telur warna pink) hahaha
cuba check balik ngan ketua kampung hang.
hang kenal tak ketua kampung hang.

psst : entry ini lebih menampakkan nida yang dulu.

ayobkelubi said...

bagus eh kampung ko?. alhamdulillah kalau ada macam tu lagik dizaman millenium dimana manusia semua berposak-posak menjerut mangsa mencari kepentingan diri.

eh, bukan pengantin lelaki hari tu kata nak wat kat hotel ker?. hahahaha

tentangseseorang said...

oh ya bila perbincangan ini boleh diteruskan kak? kak jom join gath pada 3/jan/09 nih

denanz said...

wah wah wah. macam dah dekat jer majlis tu. hu hu.

Mya said...

happy new year 2009! :)

Awan Lahon said...

sabarla adiknyer..hidup camnie laa..kadang kadang terbaik kadang kadang terburuk..apa apa semunya indah ciptaan-Nya...1430

Amiene Rev said...

Hayakallah,

Keluarga saya upah catering dan jemput saudara-mara, sahabat yang terdekat sahaja kerana tidak mahu menyusahkan orang-orang yang duduk beratus-ratus kilometer jauhnya.

Sekadar kenduri kesyukuran sahaja. Cuma kadangkala kehendak pihak yang lain, mahu bersanding dan sebagainya.

Bagi keluarga saya, yang penting ialah perkara yang wajib. Perkara yang berunsur kebudayaan (yang melibatkan pembaziran) tidak dibuat.

Syukur, menjadi keutamaan. Semua orang tidak perlu bersusah payah untuk ponteng kerja, tempah hotel atau menumpang tidur di masjid semata-mata untuk menghadiri perkahwinan.

Marliza Radzi said...

saya suka tajuk entri ni.

@LiYaNNuaR said...

off record...

memandangkan ko takda shoutbox.. aku shout aje kat sini yek...

salam tahun baru buat hang... lama tak dengo habo... senyap2 sepi ajo... aku ada buat salah kat hang ka??? huhuhu... ok lah... roger...

pssst.. kalo sudi.. jemput le amik kad tahun baru aku yek... kalo takmo.. ada aku kesah???