..::TIADA SEMPADAN MASA::..
Menjawab kepada persoalan Ajid. Di dalam entry terdahulu. Adakah ini blog saya.
Ya, ini memang blog saya. Atau nama sebenarnya Noor Hanida Shaari.
Mungkin setelah sekian lama Ajid tidak menjengah ke blog saya. Dan sesekali menjengah dia merasakan bahawa ada sesuatu yang berbeza di sini. Apa yang saya tafsirkan Ajid rasa ada perbezaan dari segi gaya penulisan blog ini. Mungkin.
Sebagai manusia, sebagai insan, kita perlu berhijrah. Setiap masa. Setiap hari. Sepanjang tahun. Selagi ada hayat.
Ini. Penghijrahan saya sebagai seorang penulis blog. Sejak mula menulis pada tahun 2004. Seiring dengan bertambahnya usia. Saban tahun. Dengan rasa tanggungjawab yang ada dalam diri.
Saya mengambil pendekatan bahawa, apa yang kita tulis dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kira usia, agama dan bangsa. Yang kita kenal ataupun tidak. Ia secara tidak langsung mencerminkan siapa diri kita. Bagaimana personaliti kita. Dengan siapa kita bergaul. Apa perspektif kita terhadap persekitaran, isu semasa atau peristiwa yang kita alami.
Itu yang saya mahu lakukan. Jadi lebih bertanggungjawab. Matang. Dan tentu saja positif.
Tapi, saya tetap tidak menolak pendapat bahawa blog adalah hak idividu. Terpulang kepada tuan empunya bagaimana mahu blog mereka terpamer. Terpulang juga kepada siapa yang mahu membacanya. Jika tidak berkenan sila tinggalkan laman berkenaan.
Mudah.
Sehingga itu, Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah. Semoga tahun mendatang lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
2 comments:
semoga satu hari kami jua akan berhijrah begini.. insyaAllah... teruskan menulis. tulisan hangpa lain dari yang lain..
MYA :
Ihiks.. Terima kasih.. Setiap orang ada cara masing-masing..
Post a Comment