Tuesday, December 02, 2008

walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan
mengapa sering terjadi pilihan tak menepati
hingga amat menakutkan menghadapi masa depan
seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus


Seorang lelaki yang 'clean' tanya apa yang saya suka pada seorang lelaki. Apa perlakuan lelaki yang boleh membuatkan saya jatuh cinta. Dan apakah perkara yang mungkin membuatkan saya 'berpaling'.

Kalau saya ada 'balak' lah. Katanya lagi.

Jadi. Ini yang saya suka. Secara umumnya.

1. Tulisan mesti cantik. Oh, sila jangan ikut perangai saya. Saya pernah reject seorang lelaki kerana tulisannya tak cantik. Ha ha ha.

2. Pandai bergaya. Maksudnya pakaian yang bagaimana mahu digayakan mengikut kesesuaian tempat, majlis dan keadaan. Tak perlu saya beritahu kena pakai itu, tak boleh pakai ini.

3. Suara sedap. Sedap di telinga saya tak semestinya sedap di telinga orang lain kan? Begitulah sebaliknya.

4. Mesti ada sense of humor. Ini sangat penting untuk menceriakan hidup saya. Dan saya juga adalah seorang yang sangat emosi. Kalau saya sedang berdrama dan menangis-nangis tapi dia mampu buat saya ketawa, itu memang bonus.

5. Body mesti mantap. Eerrr perlukah sebab kenapa? Ha ha ha.. sila jangan ikut perangai saya ini.

6. Pandai main alat muzik. Paling biasa ialah gitar, kan?

7. Minat sukan. Saya peminat sukan. Jadi kalau dia tak minat, siapa mahu temankan saya tengok sukan dan bercerita tentang sukan.

Dan yang paling penting.

8. Menjaga solat 5 waktu.

9. Pandai baca Al-Quran.

10. Boleh Azan.

"semua perempuan pun fikir macam ni aku rasa" kata lelaki 'clean'.

Mungkin.

Seorang kawan pernah minta saya semak semula kriteria yang disenaraikan. Terlalu tinggi jangkaannya?

Dan. Apa yang kita nak tak semestinya itu yang kita dapat. Semua sudah diaturNya.

12 comments:

Tok Rimau said...

Kat nombor satu je dah fail. Tulisan Tok cakar ayam. Kalau tulis lawa2 nanti orang kata tulis cam pompuan. Where got road? Tok macho.

Jangan diratap. Kita tak de jodoh.

Amyz! said...

Hahaha. TOk.. Pleaseee..

Tapi kalau dapat yang kita nak kan, mesti kita jaga baiikkk punya~ Hihi.

Dan kadang-kadang we don't even care about criteria yg ditetapkan pun, bila kita dah jatuh cinta.

Macam Erema & Seri Bayu. Bila dah tak secinta lagi, bercerailah mereka. Hahaha. Boleh plak aku masukkan contoh artis di sini.

Anonymous said...

laws are made to be broken.

satu lagi.

love is blind.

buta pada kriteria.

Nida Shaari said...

TOK R :
Tok tulisan Doktor.

Lagipun tolak 1 point, ada lagi 9 point kan?

Ha ha ha

AMYZ :
Ya bila dah suka dah cinta peduli apa semua tu.

Aku dapati tahun 2008 ialah tahun artis bercerai. Boleh gitu?

PO :
Tapi awak ada semua kriteria yang saya senaraikan, kan?

*wink*wink*

Unknown said...

Semoga dimakbulkan segala hajat:)

Nida Shaari said...

ANUAR MANSHOR:
He he he

InsyaAllah..

Anonymous said...

erema dengan seri bayu dah bercerai ke????

tasekM said...

kalau lelaki itu lebih muda dr kamu, kamu nak tak?






.

sinaganaga said...

Kalau lelaki tu 'clean' kamu nak tak? HA HA.

Yang benar,
Clean Floor, aaa, Makcik Cleaner.

Nida Shaari said...

NETT :
Erema mintak cerai tapi Seri Bayu tak mau.

TASIK :
Muda boleh tapi jangan sebaya anak sedara aku.

Ha ha ha

NAGA :
Kalau 'clean' apa salahnya.

Ha ha ha

Marliza Radzi said...

haah seperti senarai wajib semua gadis. hehehe.

tapi, part tulisan cantik tu, saya tak kisahpun. hehe.

Nida Shaari said...

AM :
He he he..

Mungkin akak berangan nanti dia akan tulis kad atau nota untuk akak dengan kata-kata yang indah..

Jadi tulisan yang cantik adalah bonus.. Ahaks