Monday, December 15, 2008

Kata orang setiap sesuatu mesti ada istilah pertama kali.

Dan. Jauh perjalanan - luas pemandangan - bertambah pengalaman.

Semalam. Saya memandu pulang dari Seremban. Sepatutnya saya keluar di Tol UPM. Pertama: Kerana memang saya tinggal di kawasan sekitar. Kedua: Kerana mahu tambah nilai Touch N Go.

Tetapi entah apa dalam fikiran, tanpa disedari saya keluar di Tol Kajang.

Bila sampai di pondok tol saya jadi keliru. Kenapa tiada pondok tambah nilai. Saya berserah. Lalu saja di lorong Touch N Go. Palang tidak bergerak. Di skrin tertera "kurang 0.65sen". Kereta lain sudah beratur di belakang. Saya bagi lampu kecemasan. Petugas tol datang. Bayar baki yang kurang. Sambil tanya perihal pondok tambah nilai. Dan waktu itu baru sedar yang saya sudah tersilap exit. Otak ligat mencerna kenapa kesilapan ini berlaku.

Kata orang setiap sesuatu mesti ada istilah pertama kali. Dan. Jauh perjalanan - luas pemandangan - bertambah pengalaman.

10 comments:

paiseh said...

tu bukan luas pemandangan.. tu lu dah jauh berangan...

Unknown said...

"Mengapalah aircond ini panas pula, peluh dah banyak berjujuran ini."

Anonymous said...

Bak kata pepatah orang melayu yang tinggal di Ireland tapi tak balik-balik ke Malaysia..

'There's always a first time for everything'.

mungkin suda tiba masanya tayar kereta anda sebelah kiri, hausnya sama rata.

tasekM said...

buat mende pergi seremban tu weh?

:)


.

Kay said...

mcm kisah sy dan adik2 hari sabtu dlu... nak pi mid valley jek, dr bdr sri permaisuri plak tuh... bknnya jauh... tp jadik sejam lebih, dan patah balik ke sri permaisuri... sbbnya salah masuk jalan...

Anonymous said...

tanda2 harus singgah kajang la tu..
tu aa singgah kajang.. xmau calling2..
muahahahaha :p

Anonymous said...

Hi... Ingin minta kebenaran tuk link kan blog ni di blog saya yg tak seberapa.... TQ in advance.

Nida Shaari said...

PAISEH :
Agaknya pikir banyak kot. Sepanjang jalan dari Seremban sampai Nilai ada 4 eksiden. Huh

ANUAR MANSHOR :
Eeerr.. falsafah kah itu?

PO :
Mungkin gak. Ha ha ha

TASIK :
Aku gi kenduri la.. Sekarang kena rajin-rajin penuhi undangan.

Ha ha ha

KEHELAN :
Ha ha ha.. Gua tak suka keadaan macam tu..

DIN :
Akak pegi TESCO hari Jumaat malam. Tapi bukan dalam mood nak jumpa-jumpa orang.. Jadi malas nak calling-calling.. lagipun awak tu bz sokmo bila ajak keluar :p

IMI :
Oh, dipersilakan.. tak ada masalah..

Marliza Radzi said...

hahaha sayapun selalu begitu.

Nida Shaari said...

AM :
Selalu apa?

Silap keluar tol ke? atau selalu tak cukup nilai TnG?

Ha ha ha