Tuesday, December 23, 2008

..::DIBERI BETIS MAHU PAHA::..

Sejak Oktober 2008, seluruh rakyat Malaysia menikmati kemudahan elektrik percuma bagi penggunaan RM20.00 ke bawah. Dan. Bagi penduduk Selangor yang menggunakan meter air individu juga diberikan kemudahan air percuma bagi penggunaan di bawah 20 meter cubic.

Saya. Tidak dapat air percuma. Walaupun saya tinggal di Selangor. Kerana saya bukan pengguna meter individu. Saya berkongsi dengan ramai orang. Bukan sahaja meter air, malah lantai, dinding dan bumbung juga berkongsi.

Tapi, tentu sahaja saya dapat menikmati kemudahan elektrik percuma. Penggunaan elektrik saya hanya sekitar RM11.00 setiap bulan. Ternyata, saya memang pengguna bijak. Apa tidaknya, kipas angin adalah hiasan semata-mata dan hanya akan berfungsi jika saya menerima tetamu. Itu belum lagi jika saya perlu bekerja siang malam sepanjang minggu. Pasti bila balik rumah saya hanya ingat mahu tidur saja.

Saya. Tidak berapa kisah jika diberi percuma atau pun berbayar. Tapi jika sudah beri tentu saja kita terima dengan hati yang terbuka. Ha ha ha..

Dan. Kemudahan percuma yang dinikmati ini telah menjadikan kakak saya seorang yang begitu obses. Sehinggakan setiap hari dia akan memeriksa meter dan monitor penggunaan elektrik beliau. Jika diukur sehingga tarikh bil akan keluar (sekitar 11 - 13 haribulan setiap bulan), dan penggunaannya sudah hampir mencecah RM20.00, beliau akan mula mengurangkan aktiviti yang akan menggunakan tenaga elektrik. Seperti menonton TV. Lalu, dia akan habiskan masa di rumah dengan tidur.

Baru-baru ini pada satu pagi, saya terima sms daripada beliau bertanyakan sama ada saya sudah terima bil elektrik atau tidak. Dia mula risau kerana tidak pernah terima bil lewat daripada 20hb sedangkan hari itu sudah 22hb. Dan jika diukur sehingga tengah malam, penggunaan elektriknya akan melebihi RM20.00. Tidak habis pagi, petang itu dia sms lagi. Cerita tentang kerisauan. Mungkin petugas TNB sudah datang baca meter tetapi bil itu mungkin diterbangkan angin. Pada jangkaan saya ia habis di situ. Rupa-rupanya sehingga malam dia masih sms kepada saya tentang bil elektrik.

Saya. Tak ada jawapan untuk segala kerisauannya itu. Cuma saya katakan padanya, memang dia kena makan pil selepas ini kerana mengalami anxiety disorder. Dan itu adalah penyakit yang sering dialaminya.

Kadang-kadang manusia ini memang. Sudah diberi betis mahu paha pula. Sudahlah air diberi percuma. Elektrik pun dikawal-kawal penggunaan agar tidak perlu dibayar. Mujur juga Astro itu mesti bayar, tanpa syarat. Jika tidak pasti ramai berebut mahu menikmati yang percuma. Dan. Itu lah rakyat Malaysia. Umumnya.

5 comments:

tasekM said...

jangan esok2 dia dapat darah tinggi pulak dah la nida.


.

sinaganaga said...

dah dapat paha kalu... nak... eeeeiiiuuuoooo!

Anonymous said...

anxiety buleh di kawal.

Dia buka berkira..dia cuma rasa tidak dibela.

dan kalu naga..diberi peha?

ha ha

Nida Shaari said...

TASIK :
Darah tinggi aku rasa tak kot

NAGA :
Dada la. Banyak isi

PO :
Memang boleh kawal. Tapi kalau dah dari pagi sampai malam sampai esoknya pun masih ingatkan bil dan bacaan meter, apakah?

Naga dia semedang nak lebih..

Unknown said...

apa salah nya dia nak bil letrik free..dah kerajaan nak bagi..ambik je la..disamping tu kalu guna letrik ckit..kan ke bagus utk alam sekitar..