Beberapa hari yang lalu aku tonton satu iklan di TV9 Dekat Di Hati. Ada ujibakat. Rancangan baru yang mencari gadis melayu yang berperawakan menarik, bijak berkomunikasi dan mempunyai jatidiri. Entah macam mana format program itu, tak pula diketahui. Wah, teringin pula mahu mencuba nasib. Mana tahu aku adalah Gadis Melayu
Syarat kelayakan mestilah warganegara Malaysia, berketurunan Melayu, berkelulusan paling minima SPM, gambar berukuran pasport juga diperlukan.
Tapi. Aku kalah sebelum bertanding. Mereka mahu gadis melayu berumur 18 hingga 27 tahun sahaja.
Eh, sekarang ni belum tentu yang berumur 18 hingga 27 tahun itu masih gadis tau.
11 comments:
ada tak dalam format depa... mesti virg*n.. ha ha...
nida, ko sgt cute.... mesti org ingat 19 tahun punya... :)
ahahaha.. umur dah terkeluar dari langkauan..
Tersangatlah sokongnyer ayat "belum tentu yang berumur 18 hingga 27 tahun itu masih gadis tau..." kalau tak v**g**, kategori 'gadis melayu' lah yer.. oh yer.. dia tak ckp agama apa kan.. dia kata 'berketurunan' melayu.. skrg ni ramai yang agama dah campur-campur.. ye dak?.. entah ler..
TASIK :
Ntah la.. selalunya rancangan kat TV yang itu berunsur islamik..
19 tahun? Bodek lebih la kau ni
DAUN :
Akademi Nasyid sama AF boleh lagi
KAK TINY :
Akhir zaman ni jantina pun boleh jadi pertikaian..
ahaks
tukar tahun sikit je. 26. mesti orang percaya..
err.. tak boleh ek?
aku pula miss satu tahun. hahaha.
bukan bodek... tapi laki aku kata, ko mcm budak lepas sekolah...
kelebihan org yg kecik dan putih... tak nampak tua...
:)
AMYZ :
Ha ha ha.. Mimpi aja lah
TASIK :
Terharu aku dengan pujian itu..
Kita fail bab umur.
BAYAN :
Tapi fizikal boleh ditipu. He he he
Uikkkk...
Nampaknye aku ponnn xleh join.
Wehhhh2 bkn psl bab v**g** tuhhh!.
ha.ha.
Salammm.
YANAZ :
Salam..
ha ha ha..
Post a Comment