Friday, July 11, 2008

..::BAHAGIA KAH?::..

Kan aku baru lepas dengar ceramah. Islam Hadhari. Tajuk Kehidupan Berkualiti.

Kata ustaz, kehidupan berkualiti mesti berlandaskan fitrah manusia. Contoh-contoh fitrah manusia ialah suka akan kebaikan, keseronokan, kebahagiaan, keselesaan, keindahan dan sebagainya.

Kata ustaz lagi, ekonomi kukuh, persekitaran yang baik, rezeki yang halal, berilmu, hubungan baik dengan masyarakat juga di antara faktor penyumbang kepada kehidupan yang berkualiti.

Hidup tak akan berkualiti jika dalam hati penuh hasad dengki. Ada penyakit hati. Tambah ustaz.

Kemudian ustaz bagi tanda-tanda orang yang bahagia.
# sihat tubuh badan
# berselera makan
# tidur lena
# disukai orang
# doa dimakbulkan

Nak capai hidup yang berkualiti juga ada cabaran. Cabaran paling berat ialah faktor dalaman. Diri sendiri. Tak mahu berubah. Terlalu selesa dengan budaya lama. Kurang mempraktikkan ilmu. Dan nafsu yang tercela.

Jadi berdasarkan ciri-ciri di atas, di manakah letaknya diri kita? Adakah kita melayari kehidupan yang berkualiti? Bahagiakah kita selama ini? Atau hanya perasaan kita sahaja bahawa aku bahagia, hidup aku berkualiti, aku disukai orang tetapi hakikatnya tidak kita sedari.

Sama-sama kita renungkan.

6 comments:

Mya said...

bahagia dengan cara kita masing-masing...

tasekM said...

sihat tubuh badan --> tak berapa sihat

berselera makan --> kadang2 tak de selera

tidur lena --> tak berapa lena... tengah mlm MC kejut... ibu.. nak kencing...

disukai org --> aku syak ada org yg tak suka aku

doa dimakbulkan --> ada doa yg belum makbul

so.... hidup aku tak de kualiti la nida... alahai...

Kaktiny said...

nak kena muhasabah diri ler camni.. masih ada penyakit hati yang belum diubati... hai... bila lah nak insaf nih... kena byk bersyukur laaa sebenarnya kan..

Nida Shaari said...

MYA :
Ada juga yang bahagia atas penderitaan orang lain

TASIK :
Mungkin belum dalam erti kata sebenar. Tapi selagi kita rasa apa yang kita dah capai tu satu kualiti, itu sudah memadai.

Yang penting kena lalui cabaran 'diri sendiri' tu.

KAK TINY :
Itu la penyakit paling senang nak dapat, tapi paling susah nak diubati.

Ingatan untuk diri sendiri juga

cik puan daun said...

Bila rasa diri bahagia, kena la syukur..

kan kan kan?

Gua perasan yang gua ni bahagia.. ;)

Nida Shaari said...

DAUN :
Alhamdulillah.. Gua pun bahagia..

Tapi. Lu lagi bahagia kan?

hik hik hik..