Wednesday, July 09, 2008

..::KESIAN::..

Harini. Aku bawa bekal. Sarapan.

Masa tengah makan, ada kakak kewangan datang nak ambil voucher yang boss dah tandatangan.

Dia pandang aku.

"Bawak bekal? Kesiannya.."

Hah? Aku pandang dia. Senyum. Terpinga-pinga.

Kasihankah kalau aku bawa bekal?

9 comments:

tasikmerah said...

hape ko tak jawab.. kak, saya pandai masak... ahaks

kesian mende plak...

nida, esok ko bawak mangkuk tingkat terus... ok

:)

madulebah said...

TASIK :
Ha ha ha..

Aku cerita kat kawan aku. Dia kata, agaknya kakak tu ingat aku tak ada duit kot. Tu yang bawak bekal saja.

Padahal sebab ada duit beli barang nak masak la, yang jadi bawak bekal

Ye dak? ha ha ha

cik puan daun said...

bawak bekal lagi la mantop .. bagi aku.. bkn menunjukkan kesadisan. Point aku, jika orang tu bawak bekal.

1. rajin gila nak masak
2. leh jimat belanja supaya leh pakai barangan branded supaya tak nampak lebih kasihan.. ahahaha
3. kalau lelaki, sayangnya mak dia or isteri dia pada dia.. siap bawak bekal..

Amy Z! said...

Eh.. aku kagum dengan org yang bawak bekal ni. rajin gilee...~ sbb aku ni malas~ hahaha.

Pasni ko kalo ko bawak bekal, ko buat camni.
Tanya kat akak tu; akak nak sikit? saya masak (sebut nama makanan yang hebat-hebat) ni~

biar akak tu kagum2. hahaha.

aku kalo nak ngeji nombor wahid.

madulebah said...

DAUN :
Wow!! aku suka point kau yang nombor 2 itu.

AMYZ :
Ha ha.. Tak kuasa lah aku.. Biar lah dia nak anggap apa pun. Janji aku bahagia..

KAKTINY said...

sorry to say but nak say gak..
"B***H nyer kakak tu..

aku masak bekal siap letak dlm tupperware tingkat bagi kat laki aku.. dia yang nak..(plus laki aku "SM" kat opis dia..) KESIAN KER kat laki aku?.. eee.. tak patut sungguh ayat tuh..

pedulikan org mcm nih.. hampeh tul.. geramnyer.. mesti dia tak pandai masak..

madulebah said...

KAK TINY :
Sabar kak.. sabar...

saya tak heran pun kat dia.. lagi saya suka.. hari ni bawa bekal lagi.. spaghetti pulak..

agaknya haritu sebab nasi putih, ayam goreng cicah sos + mayonis je kot. tu yang nampak kesian..

ha ha ha

rudy bluehikari said...

kalu saya..dah bagi cermah free kat dia... makan msk sendri lagi baik utk kesihatan sbb kita tahu guna gula garam n no MSG.

madulebah said...

ABG RUDY :
Kadang-kadang berdiam diri adalah lebih baik..

he he he..

Sebab saya ni kalau cakap takut nanti pedihnya sampai ke ulu hati.