Saya agak sibuk di pejabat. Menguruskan perihal boss saya yang akan bertakbir di dalam kapal terbang. Kasihan juga jika dikenangkan. Tapi, saya yang menurut perintah kaedahnya kan.
Di samping itu, perasaan nak balik kampung beraya makin menebal. Tekak asyik rasa nak makan rendang, ketupat, nasi himpit, kuah kacang dan macam-macam lagi. Tapi biskut raya saya tak berapa. He he he. Ok sila jangan layan nafsu makan yang berlebihan itu. Dan sila kenangkan kain baju seluar yang sudah tidak muat dipakai.
Sebut tentang makan, hari Isnin lepas saya berkesempatan berbuka puasa dengan Mya. Tujuan asal mahu buat sesi penyerahan barang segala, tapi sudahnya jadi aktiviti makan dan pot pet pot pet mengenai perancangan masa depan sahaja. Kami makan di Lanai Kijang yang sungguh aman dan damai.
Kami duduk di meja nombor 7.
Kurma dan bubur lambuk diberi percuma. Sedap.
Menu utama saya pilih laksa Johor dan air summer apa ntah namanya. Campuran mangga dan oren. Sebagai pencuci mulut saya ambil banana bowl iaitu potongan pisang dengan 3 scoop ice cream.
Alhamdulillah. Makanan sedap dan murah. Suasana tenang. Surau adalah luas, bersih dan cantik. Cuma Lanai Kijang tidak dibuka kepada orang awam.
Sebelum menamatkan entry, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf daripada semua pembaca blog saya. Jika ada yang tersinggung dengan bahasa penulisan saya, maafkan jua. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah insan tersayang.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
11 comments:
SeLaMat HaRi RaYa KaK NiDa!
Salam. Selamat hari raya juga pada kamu. Kemaafan juga dihulurkan, cuma tak pasti dari sudut mana datangnya salah dan silap itu
selamat hari raya, kak nida. maaf zahir batin :)
Kak Nidaaa!
uhuhu selamat hari raya kak..bw kete leklok tau.. :)
Maaf ek salah silap yana..hehe
Cik Madu yang manis.. :-)
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir batin, dari hujung rambut sehingga hujung kaki.
Gurau-gurau dan keji-mengeji itu harap ampunkanlah~ Haha.
Berhati-hati di jalan raya dan di waktu raya. Jangan terlebih makan rendang. Ihiks! ;-)
Moga-moga Aidilfitri memberi kebahagian dan keberkatan kepada Cik Madu sekeluarga. Amin.
rekod saya tahun ini: tidak pernah berbuka puasa di luar langsung. semuanya di rumah. makanan saja dibeli di luar. hahaha.
design lanai kijang tu pun dah nampak tenteram, apa lagi kalau dpt makan kat dlm tu ek.
anyway, Selamat Hari Raya ye cik nida<-raya tahun depan dah tukar status tuh!
wah.aiskrim.
selamat hari raya.
terliur nampak aiskrim.
selamat hari raya nida. maaf zahir batin.
Selamat Hari Raya nida... semoga hepi selalu..
Post a Comment