Friday, October 10, 2008

..::SATU HARI DI HARI RAYA::..

* Saya ni ketinggalan. Baru nak cerita perihal raya. Peduli lah kan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini. Saya berhari raya di kampung yang satu itu. Belum ada dua atau tiga. Jadi, rutinnya seakan-akan sama saja.



Pagi raya. Sarapan. Siapa yang nak pergi masjid/surau, dipersilakan. Siapa yang tak pergi, sila kemas rumah dan siapkan apa yang patut. Lepas orang dari surau/masjid balik, sambung makan-makan. Lepas tu sesi salam-salam semua. Bagi duit raya kat anak saudara yang mana ada. Ada 4 keluarga + saya seorang saja tahun ni. Yang lain beraya di rumah sendiri atau rumah mertua.

Sebenarnya dari 2 hari sebelum raya hujan turun lebat sangat tak berenti. Malam raya pun sama. Masing-masing dah pasang angan-angan nak tutup pintu dan sambung tidur saja. Tapi semua Allah yang tentukan. Hujan berenti. Jadi, mesti pergi ziarah-menziarahi.

Tahun ni kami nekad. Tutup rumah dan pergi beraya. Paksa mak ikut sama. Alaaa pergi bukan jauh pun. Rumah Tok Nek kat sebelah. Dan rumah Tok Su kat sebelah rumah Tok Nek. Masa kami tengah tutup pintu dan jalan keluar, ada budak-budak datang. Tapi diaorang patah balik bila nampak kami nak keluar. Bagus sungguh. Ha ha ha. Lalu kami pun beraya dengan aman. Kat rumah Tok Nek makan laksa. Kat rumah Tok Su makan mee kari. Makan-makan sambil sembang-sembang.

Dekat-dekat zohor balik rumah. Pasang lagi angan-angan nak tidur. Tapi juga sudah namanya hari raya dan orang sepatutnya pergi ziarah-menziarahi maka, ada lah orang yang datang ke rumah. Keluarga Pak Tam dan Pak Su datang 3 buah kereta. Seperti biasa saya akan diajukan soalan yang sungguh berharga. Disebabkan soalan itu diajukan oleh sepupu yang berusia muda walaupun dah beranak dua, maka jawapan yang saya berikan juga sangat berpatutan. Cuma kalau soalan itu diajukan oleh mak saudara yang anak-anaknya sangat laku dan tiap-tiap tahun kenduri, maka saya seharusnya cuba memaniskan muka dan berlakon seadanya. Itu yang sepatutnya kan. Ha ha ha..

Hmm cukup lah cerita raya. Saya banyak duduk rumah. Kata kawan saya, anak dara memang patut duduk di rumah saja. Paling jauh saya keluar pun cuma ke Taiping. Itupun jalan sesak yang teramat sangat. Perjalanan 40 minit sudah jadi berjam-jam. KL lengang. Kampung pula yang sesak. Penat.

Ini gambar rangkuman kejadian dalam tempoh beberapa hari. Dan sudah namanya blog saya harus lah muka saya yang banyak.



Selamat hari raya. Sesiapa yang mahu datang ke rumah, sila telefon saya. Tahun ini saya tak buat rumah terbuka. Sekian, terima kasih.

4 comments:

tasekM said...

aku ajak kau ke sg rang*am, kau tak mahu... he he...








.

Amyz! said...

huhu. tahun ni tak dapat nak konvoi raya ramai2 macam tahun lepas. best kan? huhu.

Nida Shaari said...

TASIK :
Bukan tak mau.

Ater udah orang Sungai Lam*pam yang cakap anak dara patut duduk rumah aje.

Teman. Ngikut je ler..

AMYZ :
A'ah. Seronok sangat.

Tapi. Barang yang lepas usah dikenang.

eh eh ada kaitan ke?

ha ha ha

StingRay said...

wah..aku suka yang tudung hijau itu...BOLEH BERKENALAN? =) =) =)