Tuesday, October 21, 2008

..::SAYA PERLU SUMBER TENAGA YANG LAIN::..

Hujung minggu yang baru lepas, saya bekerja sehingga lewat malam. Ditambah dengan cuaca yang sejuk. Urat-urat seakan mengecut.

Semalam. Mata seakan dilekat-lekat. Mahu tertutup. Dalam perjalanan balik yang bumper to bumper saya terlanggar apek naik motor atau apek itu sebenarnya yang melanggar saya. Mujur apa yang dilanggar itu adalah bumper depan. Dan apek itu juga tidak menunjukkan sebarang reaksi bersalah. Saya malas mahu fikir. Dalam kepala mahu cepat balik dan lelap. Tapi sampai di rumah saya masak nasi dan kari sardin kerana sangat lapar. Nikmatnya.

Seperti biasa, sejak akhir-akhir ini saya selalu tertidur depan tv. Bila saya masuk bilik dan bersedia untuk tidur, mata ini tidak pula mahu lelap.

Sebenarnya, ada banyak perkara yang saya perlu buat:

23hb - ada audition untuk bangsawan. Show bulan Disember
24hb - tarikh tutup permohonan penempatan ke luar negara. Borang saya belum isi.
26hb - ada 3 jemputan majlis perkahwinan. 2 rakan sepejabat. 1 rakan sepoly. Saya akan ke PD meraikan rakan sepoly. Lagipun itu room-mate saya masa semester 1
1hb - Maskara Shorties
7hb - 9hb - Bangsawan Batu Belah Batu Bertangkup
18hb - 24hb - Festival Pantun antara Kementerian sempena BBSN. Takutnya saya.
25hb - Exam PTK. Apa pun saya tak study lagi

Oh. Sungguh saya rasa perlukan sumber tenaga yang lain. Untuk buat semua itu dengan efektif dan berkesan.

Dan. Berada di rumah adalah satu kenikmatan yang tak dapat dinilai.

7 comments:

Anonymous said...

Anda bukan perlukan sumber tenaga yang lain.

Anda cuma perlu sumber tenaga tambahan.

Dua lebih baik dari satu.

tasekM said...

nah tenaga!








cukup tak nida? he he...

Layla Haq said...

Kamu perlukan 'dia'.

Dia mungkin jejaka.
Dia mungkin ibunda.
Dia mungkin kawan jenaka hiba.
Dia...yang Maha Kuasa.

Berdoalah agar apa yang dirancang menjadi. Kalau bukan yang terbaik, tak apa.

Kemat said...

agak-agak lampu kamu mesti dah berkelip-kelip kaler merah.cam otromen... kejap2.. sat lagi dia bertukar jadi hijau balik...

Ron97 said...

yg exam tu jgn risau..
takpayh study takpa..
tunggu aku naik P2 dulu.
hehehehe

bungaditepijalan said...

wahhhh.
pack nye sheduleeee
:D

Nida Shaari said...

PO :
Tenaga solar mungkin boleh dijadikan sebagai pilihan.

Tapi sekarang musim hujan. Macam mana ya

TASIK :
Tak cukup la

BAYAN :
Ya. Betul tu. Sama-sama lah kita berdoa

KEMAT :
Ha ha ha.. Comel je rasanya kalau macam tu

RON97 :
Wow!! Apakah itu hint bahawa hang dah lulus TK1?

BUNGA :
Itu baru yang disenaraikan.. Yang sampingan tu.. haiih.. kena pandai la bahagikan masa..