..::MAHU BAWA DIRI::..
JPA keluarkan tawaran ini. Penempatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negeri.
Aku pernah buat permohonan. Lama dulu. Sekitar tahun 2005. Rasanya. Masa tu aku memohon dengan sepenuh hati. Namun, aku tak dipanggil untuk temuduga. Dalam erti kata yang lebih mudah, permohonan aku tak berjaya.
Kali ni. Aku rasa nak mohon semula. Cuma perasaannya tidak berkobar-kobar seperti dulu. Mungkin ada yang memaut hati aku di sini? Mungkin.
Aku. Ada masa seminggu sebelum tarikh tutup permohonan.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
13 comments:
nida, AMIK. Pastu nanti aku nak pi luar negara senang sket. Kekeke. Seriously, ni job offer yg menarik beb.
Pi luar negara, Amik kat liverpool tau.Dekat2 dgn stadium Anfield.
Pastu kereta kelisa tu sudi2kan la tinggal di Kamunting.
ingat..
pastikan syarat (H) lulus dulu
heheeheheh
Ish.... nanti aku rindu kamu la nida....
:(
ada bagus jer berpanas hujan di tempat orang.
pergilah. Tapi bukan kerana kamu kecewa tapi ingin lebih berjaya.
Pasti ada yang merindui dan dirindu.Kamu sendiri pun tahu.
SALINA :
Ha ha ha.. InsyaAllah nanti aku isi borang
CUKIMI :
Apa hal plak aku nak pilih Liverpool. Ikut suka JPA la nak tempatkan kat mana. Nanti silap-silap depa kata budak ni malas bayar pinjaman. Jadi kita letak kat negara bergolak.
ha ha ha
AJID :
Syarat (h) tak dak kena mengena dengan aku. Setakat ni lah.
Tapi aku risau syarat (e). Kalau sangkut, ada impak dia wo
TASIK :
Ada baiknya kot?
KEMAT :
Ingin lebih berjaya - betul
Kecewa - bukan dengan sesiapa. Tapi dengan suasana kerja di sini.
gud luck!!
Try your luck bebeh! Kalau dapat, satu peluang yang sangat baik. :-)
try oke!
Pergi untuk lebih berjaya....riangkan diri pada suasana kerja yang baru pula....tinggalkan kekecewaan suasana kerja di Malaysia.....
G doakan ko berjaya dan Selamat Maju Jaya....
Klu dpt, jgn la lupa belikan ole² di mana pun negara yang bakal ditempatkan... ;-)
bak kata kwn aku.. cita2 atau cinta? ehehe..
kata orang; perjalanan seribu batu itu bermula dengan satu langkah mula.
Dalam bahasa Inggerisnya; a journey of a thousand miles begins with a single step.
Dalam bahasa Urdu; aku tak tahu, yelleappa.
Maka; ikutlah kata hati kalau sudah memikirkan itu dan ini dan kalau anda rasa anda sudah berani.
dan, biarkan benih di tiup angin; jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ke darat menjadi pohon.
Good luck.
DAUN :
Thanks bebeh!!
AMYZ :
Yes!! Gua akan try
GEE :
Waaah.. belum pergi dah minta ole-ole pulak
KELAMBU :
Kerana cita ku tinggalkan cinta..
ok macam tu? ha ha ha
PO :
Hilang sudah kata-kata saya.
Tapi, belum hilangpunca.. he he he
ye la ye la
hilangpunca itulah blog paling best abad ini.
ye la ye la.
dengki.
Post a Comment