..::KISAH JUMAAT MALAM::..
Aku 'tertinggal' di pejabat. Seorang diri. Hujan lebat. Kereta. Parkir atas jalan raya. Tak bergerak. Sesak.
Kalau keluar juga, aku akan rasa tertekan. Rasa nak cepat sampai rumah. Puasa. Solat Maghrib. Semua kena fikir. Silap-silap kena darah tinggi.
Aku. 'Tertinggal' di pejabat. Seorang diri. Makan tapai dan air teh hijau sebagai alas. Solat. Kemas-kemas barang.
Tiba-tiba rasa tak sedap. Ada 'sesuatu' yang 'menegur'. Segala macam ayat dibaca. Cepat-cepat balik. Masih berdebar-debar. Telefon kakak. Minta padangan. Kakak suruh terus balik rumah dia. Atau balik rumah, tapi kalau rasa tak sedap juga cepat-cepat pergi rumah dia.
Aku. Kata tak apa. Aku tak terus balik rumah.
Aku. Pergi pasar malam. Beli barang-barang dapur.
Dan. Aku tinggalkan 'dia' di situ. Cari kawan baru. Yang lebih banyak pilihannya.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
11 comments:
dia tu nk balas dendam sebulan kena ikat la tu.... :)
cuba try brek la keta, kot2 dia tak pakai tali pinggang belakang, mesti terpelanting keluar.
misteri nusantara...kokokokkkk
aisehmen tebaca kisah misteri la plak malam2 nih....
TASIK :
Ha ha ha.. mungkin gak kot.
CUKIMI :
Aku dah try. Tak dak plak dia tertomos.
SALINA :
Usah biarkan hidup anda diselubungi.. Misteri..
ASU :
Siang pun ada gak misteri.. cuma feel dia kurang la kot.
cuda: dia pakai tali pinggang belakang la tu.
Nampak ke dia tu hehehe..rasa-rasa aja ya..akak tau camne rasanya...
CUKIMI :
Ha ha ha.. agaknya la kot. Dia penumpang berhemah
KAK LILY :
Aiyork!!! kalau nampak harus saya pengsan dulu
Betul, petua orang lama dan ustaz2 bahawa jika rasa di dampingi atau diekori oleh sesuatu yang kita tak nampak, baik kita g tempat yang ramai orang.
Kalau dalam kete pula, baik kita berhenti dekat tempat rehat atau kawasan yang ramai orang.
Tinggalkan 'dia' di situ.
errr... takottt....
BAYAN :
Tu la pun..
MYA :
Mujur gak haritu hangpa ada.. he he he.. walaupun sembang kat YM ja, at least tak la kami rasa macam sunyi sangat
Post a Comment