Tuesday, October 06, 2009

..::SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS::..

Acik Sapinat selalu cerita tentang kebun bibik di belakang rumah yang subur dan membuahkan hasil. Ada kacang, terung, jagung dan macam-macam lagi tanaman bersesuaian dengan kawasan tanah yang ada. Memang untung kalau kita rajin dan mahu berbudi kepada tanah.

Cemburu juga kadang-kadang tu. Saya tak ada tanah. Saya cuma ada balkoni seluas lebih kurang 7 kaki kot (sila keji sebab saya adalah tak tahu keluasan rumah sendiri). Tapi itu tetap tak menghalang saya untuk bercucuk tanam. Di rumah. Bukan di Facebook sahaja.

Saya pernah cerita tentang tanaman yang saya usahakan dalam entry setahun lalu. Kalau rujuk gambar dalam entry tu, benih cili baru bercambah. Tapi hari nih dah masuk kali ke 3 pokok cili saya berbuah. Sukanya saya. Walaupun saya tidaklah kuat makan pedas, tapi rasa pedas dalam masakan tetap mahu ada walaupun sikit. Jadi, sekadar potong-potong cili dan masukkan dalam masakan.



Elok sangat cili ni. Seminggu dalam peti ais pun tak kecut macam cili yang beli kat pasaraya. Hmmm ke sebab peti ais saya tu yang elok? he he he.. Nanti saya nak semai benih baru. Dan saya bercadang nak tanam cili api pulak. Nanti-nanti nak buat masak lemak cili api senanglah, petik saja dari pokok.

Jika diperhatikan gambar, yang kabur-kabur di belakang pokok cili tu ada pokok daun kari dan pokok daun pandan. Alhamdulillah walaupun cuma dalam pasu, tapi tetap subur. Kalau agak-agak pokok nak melayu (eh melayu?), sambil siram saya akan gembur tanah dan bercakap-cakap dengan tanaman saya. Saya pernah dengar orang bagi petua tu.

Walaupun ada kawan yang kata rumah saya tak ada bunga. Tapi saya tak berkecil hati. Saya memang lebih suka tanam pokok yang memberi manfaat. Dan, cukuplah saya sebagai bunga penyeri rumah itu.

8 comments:

Pnut said...

ehhh comelnya tanaman depa..
sama comel cam tuannya..
FYI kebun bibik kami tak berapa subur sangat, takat boleh-boleh aje..
sebab kualiti tanah kami tak bagus..

asuHara sU said...

wah wah..bleh jadi peladang balkoni jaya nih!

madulebah said...

ACIK PNUT :
Kena sesuai dengan keadaan la pun. Kalau ikutkan hati memang nak ja tanam pokok mangga. Ha ha ha

ASUHARA :
Adalah sikit. Cukup makan anak beranak.. eh eh..

imie said...

27hb lepas besday kau nida!? oh... aku yang lupa! maafkan.

happy belated birthday kawan.

turn aku dah. turn kau pulak. :p

anyway, masih dalam mood bersedih atas kepulangan ke rahmatullah, seorang anak saudara yg amat dikasihi pada 1 Okt 2009. al-fatihah!

mya said...

CILI TU merah menyalaaa... kalau cilikan orang perghhh... :p

madulebah said...

IMIE :
Weh rindu lah kat kau!!!

Thanks for the wish. Doa kawan-kawan yang lebih penting..

Al-Fatihah. Nanti lah kita meet dan borak panjang-panjang.

madulebah said...

MYA :
he he he.. tapi kami belum ada niat nak cilikan orang la lagi..

Ron97 said...

kalau ada lebih..
jangan lupa kasi kat abang rumah sebelah.. hahahahaa