Monday, October 26, 2009

..::DARI SHAH ALAM KE MID VALLEY::..

Masih lagi aktiviti berjalan-jalan dengan kawan perempuan sebelum masing-masing menjadi isteri orang.

Dari Shah Alam kami ke Mid Valley. Masih mencari sesuatu yang berkaitan dengan perancangan masa depan. Orang adalah sangat ramai di lembah itu. Lagipun bila lah Mid Valley tu tak ada ramai orang.

Berjalan dari satu tingkat ke satu tingkat. Dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Mencari apa yang berkenan di hati sanubari. Sehingga lah kaki sudah penat melangkah. Lalu kami singgah merehatkan diri di sebuah restoran untuk melepaskan lelah.



Sambil pot pet kami makan dengan perlahan. Hidangan adalah bersaiz besar. Jadi pilih satu starter dan satu main course boleh makan 2 orang. Makan sampai tak larat. Lihat saja wajah saya. Mula-mula gembira sebab pertama kali dibawa makan di sini. Gambar kedua pula kelihatan muka ketat saya kerana dipaksa untuk menghabiskan hidangan.

Aktiviti sehari bersama kawan perempuan sebelum masing-masing menjadi isteri orang tidak berakhir di Mid Valley. Ia bersambung di rumah saya dengan aktiviti 'menciwikan' diri dengan barang-barang yang dibeli.



Dan. Ada orang tidur dengan kasut baru sambil feeling bersanding atas pelamin. Ha ha ha

3 comments:

Salina said...

haha...terima kasih ye. bila la lagi boleh buat aktiviti mcm ni. hihih

Unknown said...

Mid Valley sekarang banyak kedai makan yang best kan!

Nida Shaari said...

SALINA :
Tahun depan kita buat lagi. Tapi kena bawak laki lah kot. Ha ha ha

ANUAR :
Orang kita ni ingat makan je!!