Thursday, October 29, 2009

..::PUAN::..

Dulu-dulu.

Saya agak sentap bila pemanggil di talian terus memanggil saya puan tanpa bertanya dahulu status saya. Ya, seperti yang saya pernah kata dalam entry yang entah bila saya malas mahu cari, kalau puan suka saja dipanggil cik tapi kalau cik dipanggil puan ia memang boleh mengundang marah.

Tapi itu dulu.

Sejak akhir-akhir ini saya sudah tidak kisah bila pemanggil terus-terusan menyebut puan. Malahan apabila pemanggil mahu berbicara dengan Puan Nida, saya dengan senang hati mengiyakan. Tanpa ada rasa sebal dan membetulkan 'kesalahan' pemanggil.

Ya, perasaan itu sudah ada dalam diri saya. Kerana saya bakal di-puan-kan dalam masa beberapa minggu saja lagi. He he he

12 comments:

cik puan daun said...

Kalau dah nak confirm jadi Puan, tak la kisah sangat.

Ni kalau masa depan pun tak tau la.. tu la yang mak sentap tu.. ahahaha

Kemat said...

Saya selalu konfius perkara ini. Sebagai lelaki saya fikir panggilan puan adalah cara yang hormat untuk memanggil seorang wanita. Kecuali dia terlalu muda berbanding saya.

Amyz! said...

daun, dulu-dulu wa memang sentap bila orang call panggil puan. hahaha. emo gile.

kemat, sememangnya puan itu panggilan hormat untuk pegawai-pegawai wanita di jabatan kerajaan.

Ya ampun, sejak ada orang panggil saya puan dan saya termarahkan beliau, tapi beliau rupa-rupanya ketua pengarah salah satu jabatan bawah kementerian. malu! malu!

sejak itu saya tidak kisah dipanggil puan. kecuali ada orang tanya, cik ke puan? masa tu akan jawab cik la. sekarang dah tentu-tentu kena panggil puan. hikhik.

Nida Shaari said...

DAUN :
Hik hik hik.. tak sabar nak dapat title puan..

KEMAT :
Sebaik-baiknya tanya dulu..

Sekarang ni ramai gak yang muda-muda sudah bergelar puan..

AMYZ :
Sebagai seorang PA aku tak pernah la nak marah membabi buta orang panggil aku puan, cuma bila dia sebut puan tu, aku repeat dan stress perkataan cik di situ..

tasekM said...

kalau dh 8 tahun jadik puan ada juga terasa nk jadi cik balik. hahaha...

:P

nida, kad kawen ko bila nk sampai melaka nih...?

he he.



.

Unknown said...

Laa kenapa tak dapat Datin terus!

SHIMI said...

tak pe pun diorang panggil puan..
tu tandanya menghormati bukan melambangkan status..

Nida Shaari said...

TASIK :
Ko reti sabar ke tak??

Nanti bagi awal-awal ko buat sepit taik cicak je

ANUAR :
Tu kena kawen ngan Datuk ar

SHIMI :
Ye.. saya akui tu.. Dalam sektor awam memang biasa..

he he he

Marliza Radzi said...

Saya tak pernah kisah orang panggil saya Puan (semasa saya masih Cik) sebab saya anggap itu memang panggilan sopan untuk orang yang dihormati tapi tak diketahui statusnya.

Nida Shaari said...

MARLIZA :
untuk Puan Peguam memang berbeza..

hmm tapi ye lah.. itu hanya panggilan.. selagi ia baik, tidak menjadi isu besar..

ezham said...

kalau officer army start leftenan muda, kalau cik pun kena panggil puan. hehehhehe

ezham said...

kalau officer army start leftenan muda, kalau cik pun kena panggil puan. hehehhehe